TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, November 9, 2012

SELAMAT BERCUTI. SEKOLAH JADI SUPERMARKET AWAL TAHUN 2013

Hari ini adalah hari terakhir persekolah bagi sesi 2012. Selamat bercuti kepada anak-anak. Sebagai ibubapa, sudahkah kita merencanakan masa cuti anak-anak kita?


Tolak cerita cuti. Semasa anak-anak balik dari sekolah, dapatkah anda senarai bayaran ataupun pembelian yang perlu disediakan untuk menghadapi persekolahan tahun 2013? Tahun lepas, ramai ibubapa yang senyum gembira bila kerajaan memansuhkan yuran persekolahan. Banyak beban yang berkurangan.

Malangnya untuk tahun 2013 nanti, mungkin ramai ibubapa yang mengeluh lagi. Kenapa? Yuran memang tak ada. Tapi sekolah dah jadi macam supermarket. Banyak benda yang tak perlu, disenaraikan sebagai keperluan sekolah. Akhirnya bayaran untuk tahun 2013 dah jadi lebih banyak dari apa yang perlu disediakan untuk tahun 2011 yang ada bayar yuran. Nampaknya  seolah-olah pihak sekolah mengambil kesempatan dari pelepasan bayaran yuran ini untuk memasukkan lain-lain bayaran dan pembelian yang bukan-bukan.

Adakah pemakaian baju Melayu lengkap pada setiap Jumaat merupakan arahan kementerian? Apakah penyeragaman kepala tali pinggang berlogo sekolah juga arahan kementerian? Nak cari duit, nak cari untung, berhenti jadi cikgu, bukak supermarket!

Kerajaan memansuhkan bayaran yuran sekolah untuk membantu ibubapa yang berpendapatan sederhana dan rendah agar kurang terasa beban menyekolahkan anak di awal tahun, tapi sayangnya guru-guru yang dah bergaji ribu-ribu sekarang ini memandangnya sebagai terlalu sedikit pula dan mungkin dengan sebab itulah kepala kreatif mereka memasukkan pelbagai tambahan untuk menghadapi persekolahan pada tahun 2013 ini.

Diharapkan agar Kementerian Pelajaran memantau perkara ini dan jangan sekali-kali dijadikan persedian untuk menghadapi persekolahan ini sebagai satu cara untuk mengumpul dana atau sebagainya kerana sekolah bukannya supermarket! Dalam hal ini, PIBG juga perlu memainkan peranan. Jangan hanya tahu memungut sumbangan yang semakin tahun semakin bertambah, tetapi takut untuk bersuara. Kalau NUTP dah banyak bersuara untuk guru, mana suara PIBG untuk ibubapa?


7 comments:

Anonymous said...

saya setuju dengan perkara diatas. Tapi bukan guru yang tetapkan semua barangan ni, Jangan pula guru yang disalahkan, kami pun tak setuju tapi pengurusan sekolah yang tetapkan. Terutama sekolah berasrama penuh yang jika dilihat list barangannya memang betul-betul nak berniaga atas nama koperasi sekolah..sekolah lain pun ada juga tapi tidak seperti sesetengah SBP. KPM kena check perkara ni...kesian ibubapa yang sederhana dan susah..

Anonymous said...

Jangan salahkan guru membuta tuli! Guru-guru bertindak atas arahan. kami masih ada ketua di sekolah yg perlu kami patuhi iaitu Guru Besar. Apan pejabat pelajaran daeraha-apa pun akhirnya guru jg yg dipersalahkan. Sekiranya ada arahan yg datangnya drpd kementerian, jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah yg guru-guru wajib patuhi tanpa boleh dibantah, adakah guru juga yg patut sipersalahkan? Ini tidak adil kerana sehingga kini masyarakat hanya tahu menyatakan ketidakpuasan hati tugas guru tanpa menyelami bebanan sebenar yg ditanggung oleh seorang guru. Tugas hakiki kami sepatutnya hanya mengajar dan mendidik dengan komitmen yg tinggi. Tetapi dek kerana arahan2 yg pelbagai dan adakalanya mengarut dan mementingkan diri sendiri oleh pihak2 atasan, bagaimana kami guru boleh mengajar dan mendidik dengan tenang dan berkualiti?

Anonymous said...

Jangan salahkan guru membuta tuli! Guru-guru bertindak atas arahan.Kami masih ada ketua di sekolah yg perlu kami patuhi iaitu Guru Besar. Apa-apa pun akhirnya guru jg yg dipersalahkan. Sekiranya ada arahan yg datangnya drpd kementerian, jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah yg guru-guru wajib patuhi tanpa boleh dibantah, adakah guru juga yg patut dipersalahkan? Ini tidak adil kerana sehingga kini masyarakat hanya tahu menyatakan ketidakpuasan hati tugas guru tanpa menyelami bebanan sebenar yg ditanggung oleh seorang guru. Tugas hakiki kami sepatutnya hanya mengajar dan mendidik dengan komitmen yg tinggi. Tetapi dek kerana arahan2 yg pelbagai dan adakalanya mengarut dan mementingkan diri sendiri oleh pihak2 atasan, bagaimana kami guru boleh mengajar dan mendidik dengan tenang dan berkualiti?

Anonymous said...

Saya seorang guru di sebuah sekolah luar bandar. Persoalan saya ada atau tidak 1 pekerjaan selain guru yg tugasnya melebihi 500% tugas hakiki? Saya guru yg mengajar mata pelajaran teras ialatu b.Inggeris. Mengajar di tahun 6. Subjek yg berat sbb masuk dlm peperiksaan upsr. kalau keputusan baik, sekolah dan guru besar yg mdpt nama & penghargaan. Kalau keputusan teruk, sayalah yg dibambu! Sy juga guru penolong kanan pentadbiran yg perlu memikirkan soal pentadbiran sekolah. Segalanya perlu mengikut arahan pihak atasan. Maklum, "Saya Yang Menurut Perintah". Kalau semuanya berjalan lancar, pihak yg mengeluarkan arahanlah yg mendpt nama. Kalau tdk lancar maka kami pentadbirlah yg dikatakan tdk efektif. Sy juga ketua panitia bg 1 subjek teras dan jg setiausaha kepada 2 lg subjek. Selain itu dibawah unit kurikulum sy jg dipertanggungjawabkan menguruskan jadual waktu guru-guru. Bayangkan kalau dlm sesebuah sekolah ada 50 org guru, dan sekiranya ada hari-hari tertentu yg guru-guru keluar mesyuarat, kursus dan urusan lain sehingga mencecah belasan guru. Siapa yg pening kepala kalau bukan sy dan pembantu saya mencari pengganti guru? Dlm unit hal ehwal murid pula sy jg dipertanggungjawabkn menguruskan disiplin murid. Sy dpt bayangkan sekiranya sy berada di sekolah yg muridnya mencecah ribuan murid!! Dlm unit ko kurikulum pl sy jg dimasukkan sebagai guru bertugas pd hari ko-ko? Bayangkan tugas2 yg perlu sy laksanakan? Itu belum masuk tugas hakiki sy iaitu mengajar. Sy perlu buat/menulis rancangan persediaaan mengajar sehari sebelum sy mengajar. Bukan itu sj, sy perlu memikirkan alat bantu menganjar dan teknik serta alatan yg akan sy gunakan esoknya termasuklah kerja sekolah yg akan diberi. Itu baru 1 kelas & 1 subjek. Sy mengajar subjek BI tahun 6 1 kelas, thn 4, 2 kelas & subjek Kajian Tempatan 1 kelas di thn 6. Cuba bayangkan? Dan setiap kali selepas sy mengajar sy perlu membuat refleksi dan catatan. Itu belum termasuk kami guru-guru perlu membentuk jawatankuasa dan membuat kerja-kerja utk program-program tertentu yg dtgnya drpd kementerian, jabatan negeri, ppd dan guru besar sendiri! Dan itu belum termasuk arahan utk menjalankn program-program kejutan yg dtgnya jg dr pihak2 tadi. Jd, guru jgkah yg bersalah? Memang benar, kami bertindak atas arahan yg kadang-kadang amat memeritkan utk kami laksanakan tetapi masyarakat terus menyalahkan kami tanpa siasat. Saya yakin 100% guru-guru diluar sana yg mempunyai rutin kerja yg sma seperti saya.Jgnlah jadikn kenyataan 'CUTI GURU BERLAMBAK' sbg 1 alasan menghentam kami warga guru-guru. Utk pengetahuan semua, kami jg ada tugas yg dipertanggungjawabkan semasa cuti sekolah. Tidak pula ada org yg mendedahkan guru-guru terpaksa menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat dan pelbagai lg di luar sekolah sehingga menjejaskan pebgajaran kami di sekolah. Adakah kami yg hanya menurut perintah utk menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat, bengkel & bermacam lg dipersalah jg dengan kenyataan ".....guru abaikan murid". Pekerjaan kami memerlukan kami sepanjang hari berfikir.Sudah tentu org yg bekerja menggunakan fizikal dgn otak ada perbezaannya. Jd marilah kita sama2 menghargai perbezaan tersebut dan menghormati peranan masing2.

Anonymous said...

Mungkin lepas ni kita suruh robot je ambik alih tugas guru sebab akan datang mesti beban guru akan bertambah menjadi 1000% pulak. Ada kerja pun masih nak mengeluh.... org yg kerja operator kilang bertahun-tahun pegang jawatan yang sama dan masih bersyukur, ini dah jadi guru yang banyak cuti pun asyik mengeluh.. mengeluh dan terus mengeluh...

Anonymous said...

Operator kilang tu memanglah kerja bertahun-tahun dan tak mengeluh sebab itu sj yg dibuat saban tahun sedangkan tugas guru memang boleh menyamai tugas robot dan setiap tahun bebannya bertambah. Kami guru-guru bukan mengeluh tetapi hormatilah tugas guru dan fahamilah tugas guru. Kami tetap bersyukur dengan pekerjaan kami tetapi apa jua yg berkaitan dgn sekolah dan bila perkara-perkara tak elok berlaku, akhirnya guru jg yg dipersalahkan. Sedangkan ada byk lg pihak yg ada kaitan dgn sekolah.
Anon 9:36PM harap fahami tugas guru dulu br keluarkan komen.

Anonymous said...

Dulu ada ura2 supaya guru mengajar dan PTA ambil alih pentadbiran ttpi dibantah oleh guru2 dan persatuan guru2. Jadi mcm mana sekarang?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI