TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, December 16, 2012

2 SAHAJA MELAYU DILANTIK, YANG LAIN CUMA PARIA DALAM KASTA DAP

Karpal kekal sebagai Pengerusi DAP. Mungkin ahli DAP lain memang tak mengidam untuk ambil "kerusi" Pengerusi DAP tu.


Namun begitu yang menjadi persoalannya ialah setelah 8 calun Melayu yang bertanding untuk merebut jawatan dalam CEC gagal kesemuanya, kuota jawatankuasa yang dilantik seramai 10 orang, hanya 2 Melayu sahaja dipilih.

Jumlah 2 orang dari 30 orang yang menduduki CEC langsung tidak mencerminkan komposisi kaum di Malaysia ini. Jelas DAP langsung tidak memandang atau mungkin tidak menaruh kepercayaan terhadap Melayu.

Kalau mengikut kata Guan Eng, pelantikan dua orang Melayu ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) adalah berdasarkan kebolehan mereka dan mereka juga berperanan untuk mendekati rakyat Malaysia merentasi sempadan perkauman.

Maksudnya, dalam ramai-ramai Melayu DAP, cuma 2 sahaja yang berkebolehan dan memainkan peranan mendekatkan rakyat Malaysia merentasi sempadan perkauman. Yang lain-lainnya merupakan Melayu Chokia pada pandangan mata DAP.

Tak terasakah lain-lain Melayu yang hebat mempertahankan DAP bahawa mereka sebenarnya hanya paria dalam kasta DAP? 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI