TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, December 31, 2012

INILAH BELANG SEBENAR KUMPULAN ANTI LYNAS


Akhirnya terserlah juga belang sebenar kumpulan hijau anti Lynas. Rupanya mereka ini adalah anjing-anjing belaan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.


Mereka bukanlah parti politik, malah silap-silap kumpulan anti Lynas ini juga tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan. Dalam mereka melaungkan kononnya untuk menghentikan rasuah, maka sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menyiasat, siapakah yang merasuah kumpulan ini dengan kewangan yang membolehkan mereka bergerak, berkumpul, mencetak risalah dan banner? Dengan beberapa siri demonstrasi yang telah mereka lakukan, apakah tanpa rasuah kewangan dari pihak yang berkepentingan, mereka mampu melakukannya?

Cukup-cukuplah kerajaan memberi muka kepada kumpulan-kumpulan sebegini yang sentiasa mahu mewujudkan suasana tegang, menyesakkan dan memberi isyarat yang salah tentang kerajaan dan negara kepada orang awam dan juga masyarakat antarabangsa.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI