SELAMAT MENINGGALKAN TAHUN 2012 dan SELAMAT MENYAMBUT 2013.
Dalam menyambut tahun baru 2013 ini marilah kita merenung wawasan Perdana Menteri kita yang menyenaraikan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai berbanding apa yang puak pembangkang telah lakukan.
Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Falsafah pembangkang ialah, "Anwar didahulukan, kuasa diutamakan, agama diperdagangkan".
Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.
Pembangkang pula mementingkan kesejahteraan pemimpinnya dengan rakyat diajak agar membuat derma jihad tin MILO untuk memastikan pemimpin mereka tidak kebulor.
Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.
Pembangkang mengajak rakyat menolak semua projek yang mendatangkan kemakmuran. RAPID, LYNAS, FGVH...semua ditentang.
Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya.
Pembangkang pula ingin menjadikan Malaysia tempat bebas untuk berdemonstrasi dan membuat huru hara.
Selamat Tahun Baru!
No comments:
Post a Comment