TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, December 15, 2012

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN POSTER PAKATAN

Orang UMNO, orang BN, jangan terperangkap dengan poster yang mungkin dikeluarkan oleh puak Pakatan Rakyat. Dipercayai ini adalah taktik kotor mereka menjelang PRU 13 yang mahu memecah belahkan kekuatan UMNO Johor. Ini kerana gambar poster yang kelihatan sangat baru itu diperolehi di FB puak mereka (SINI).


Mereka sedar, segala umpat, segala fitnah dan segala kejian yang dilempar oleh mereka terhadap kerajaan BN, tidak dapat mengubah sokongan pendirian dan sokongan Melayu Johor terhadap BN. Apatah lagi dengan janji-janji kosong puak Pakatan. Orang Johor tak mudah diperbodohkan.

Lantaran mereka sedar akan perkara tersebut, mereka sanggup berbelanja untuk mencetak poster tersebut dengan harapan mahu melihat perpecahan di kalangan pengundi UMNO. Dengan adanya perpecahan tersebut, akan adanya undi protes. Puak Pakatan dah sedar, mereka tak mampu untuk menakluki Johor hanya melalui sokongan yang mereka terima, tetapi mereka boleh mencapai cita-cita mereka di Johor sekiranya UMNO Johor berpecah dan terdapatnya undi protes.

Berhati-hatilah dengan segala taktik yang mungkin akan digunakan oleh Pakatan Rakyat. Di kepala otak mereka, penuh dengan tipu muslihat dan putar belit yang terkadang tak terjangkau dek akal kita.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI