Kenapa Karpal begitu berkeras dan tegas menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan pada PRU 13 nanti? Apakah nasib rakyat Malaysia sekiranya Anwar yang jadi PM?
Pertanyaan ini diajukan kerana dipercayai Karpal menyimpan banyak rahsia Anwar. Ini kerana Karpal pernah mendedahkan salahlaku seks Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur serta pernah mendesak PM ketika itu, iaitu Tun M, mengambil tindakan ke atas Anwar.
Maka sekiranya Anwar dipilih sebagai PM, maka akan senanglah dia dipergunakan oleh DAP dek rahsia-rahsia yang diketahui oleh Karpal. Tidak mustahil ketika itu Anwar hanyalah boneka DAP dan Karpal Singhlah yang akan bertindak sebagai PM di belakang tabir. Mahukah anda suasana yang sebegitu? Mempunyai PM yang telah ditindik hidungnya.
No comments:
Post a Comment