TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, December 16, 2012

MELAYU HANYA LAYAK PEGANG BENDERA UNTUK DAP


Kalaulah Melayu dalam DAP masih tak sedar diri lagi, tak tahulah nak kata apa lagi. Ini bukannya melukut di tepi gantang lagi. Kalau melukut, walau kat tepi, masih juga dapat berpaut dan tersangkut di tepi gantang. Dalam DAP, Melayu langsung tak tersangkut.

Lapan pemimpin Melayu DAP yang bertanding, tak ada seorangpun yang sangkut untuk duduk dalam Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang seramai 20 orang itu.

Melayu yang paling kuat membela DAP dan keluarga Kit Siang, si Zairil cuma memperoleh 305 undi daripada 1,823 perwakilan yang mengundi. Manakala undi tertinggi yang diraih oleh pemimpin Melayu ialah melalui Senator Ariffin S.M Omar iaitu 748 undi yang kalau diterjemah dalam peratus, baru cuma 41% sahaja perwakilan yang memberikannya undi.

Lain-lain calun, alamakkk....kesian, ada yang cuma dapat 28 undi sahaja! Enam calun yang lain ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi) dan Harun Ahmad (28 undi).

Kalau jawatan dalam parti yang sekiranya ada imbuhanpun tak seberapa, Melayu langsung tak dipandang, apatah lagi kalau DAP dapat berkuasa, apakah mereka akan memandang dan melantik Melayu ke dalam kabinet mereka?

Maka apakah gunanya DAP merekrut Melayu? Mungkin hanya semata-mata untuk dijadikan pecacai pengibar bendera dan sebagai wakil untuk turun berdemonstrasi. Sedarlah Melayu, sedarlah PAS!!!


1 comment:

PESARA AWAL said...

dap tetap dengan mottonya undi cina utk cina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI