TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Monday, December 3, 2012

JOM...PAU DI KEDAI KOPI PULAK

Perhimpunan Agung UMNO dah selesai. Usul dah banyak didengar. Pesanan dari pucuk pimpinan juga dah banyak diberi. Yang dinamakan pemimpin, yang hadir ke PAU tempohari, rasanya semua dah balik ke laman masing-masing.

Eloklah tu. Jangan bertangguh lagi. PRU dah tak lama lagi, masa semakin suntuk. Jangan sia-siakan masa yang sedikit ini untuk terus mendekati rakyat, mendengar keluhan mereka, jelaskan kepada mereka tentang apa yang telah, sedang dan ingin UMNO dan BN lakukan untuk kebaikan mereka. 

Ajak rakyat jangan pedulikan dengan tohmah dan fitnah pembangkang yang cuma ingin merosakkan kemakmuran dan keharmonian negara.


Mana yang bertitle YB tu, jangan tunggu diundang baru nak nampak muka. Datang kepada pengundi. Bukan semua tempat ada program nak undang YB untuk bercakap. Kalau sekarang tak datang, nanti masa kempen tak ke malu nak merayu undi? Parlimen dan DUN juga dah tak bersidang. Ajak pengundi bersidang kat kedai kopi. Malam hari pula, jangan malu-malu, pusing masjid dan surau. Ini antara tempat-tempat ataupun hotspot orang Melayu berpolitik. Nak harap undi kaum lain, alamat payah le UMNO atau BN nak cemerlang dalam PRU nanti.

Ada rezeki lebih tu, taja-tajalah program yang boleh merapatkan pengundi dengan parti. Jangan nak tunggu nama naik jadi calun, baru nak tunjuk bakti. Kalau sayang parti, tak payah tunggu nama naik dah boleh buat kerja dan boleh taja program. Anda dah ke PAU di PWTC, apa salahnya kasi le pulak rakyat bawahan pau anda sekali-sekala kat warung. Yang bertitle ketua bahagian tu, bantu-bantu le ketua cawangan.

Mana-mana yang dulunya bukan main berebut nak jadi ketua cawangan, jangan tidur. Kalau dulu pandai kata orang lama tak berapa baik, dah dapat jadi ketua cawangan tu, perbetulkan apa yang dikatakan kurang baik dahulunya. Jangan ingat jadi ketua akan dapat banyak duit dan tunggu duit jatuh, baru nak bergerak. Ajak anak buah pacak bendera. Ajak anak buah gotong royong. Rapatkan barisan!!!

Aku tegur ni bukannya apa, sebab ramai yang dulunya berhajat sangat nakkan jawatan. Masa belum berjawatan, bukan main rapat lagi dengan akar umbi. Tapi bila dah dapat jawatan yang dihajatkan, kengkadang bukannya hebat sangatpun yang direbut tu, cuma ketua cawangan aje, lalu depan warungpun takut nak berhenti.

Maaflah kalau terkasar, namun inilah yang banyak terjadi dalam UMNO. Ubahlah... jangan banyak sangat politiking sesama sendiri. Kita mampu menang besar. UMNO dan BN boleh menang besar bukanlah disebabkan oleh kehebatan pucuk pimpinannya, tetapi tergantung kepada bagaimana cawangan dan bahagian memainkan peranan bersama masyarakat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI