TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, December 3, 2012

TERKANGKANG NAIK BELAKANG PICK-UP NAK JADI PERKAKAS PAS


Aku tertarik dengan kata-kata Cikgu Mala ni; "Dunia semakin berubah dan jangan fikir minda dan jiwa guru boleh diperbodohkan sedemikian rupa menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Jangan menjadikan Pengetua, Guru Besar, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sebagai ‘perkakas’ untuk mengekalkan survival politik UMNO Barisan Nasional."

Mudah bebeno dia melabelkan orang lain sebagai perkakas. Sedarlah diri tu, sebelum berhenti untuk bertanding jadi calun PAS dulu, kamu juga adalah perkakas PAS dalam profesion perguruan. Apakah kamu berhenti dari guru, baru jadi ahli PAS? Apakah suami kamu yang sanggup ambil MC hanya untuk mengharung banjir semasa berkempen untuk kamu bukan perkakas PAS?

Selaku parti yang mengetuai kerajaan, maka sudah tentulah UMNO yang perlu menerangkan dasar-dasar dan halatuju pendidikan negara kepada para pendidik. Takkan nak panggil orang PAS pulak yang terangkan. Tunggulah nanti kalau PAS dapat Putrajaya dan mereka yang buat dasar, tentulah PAS pulak yang akan berprogram dengan para pendidik ini. 

Apakah pada ketika itu nanti UMNO akan kata guru jadi perkakas PAS? Tentu tidak, sebab sekarang inipun UMNO dah tahu, ramai guru yang bukan sahaja jadi perkakas, malah sanggup jadi balaci PAS. Contoh...tak payah sebut la, sendiri mau ingat!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI