TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, December 10, 2012

JUI MENG JADI BATU RONSON


Aku nak tergelak bila baca komen Jui Meng yang cuba nak jadi batu ronson kepada kaum India agar menentang MIC.


Korang tau kenapa aku nak gelak? Sebab Jui Meng ajak orang India menumbangkan MIC kerana kononnya MIClah yang memiskinkan orang India. Itu bab memiskinkan. Kalau memiskinkan, maka Jui Meng ajak tumbangkan!

Aku nak tanya pulak dengan Jui Meng, bagaimana pulak dengan MCA yang telah mengkayakan dirinya? Yang memiskinkan hendak ditumbangkan, bagaimana pulak dengan parti yang telah mengkayakan dirinya? Kenapa Jui Meng lari meninggalkan MCA? Apakah tak cukup lagi MCA mengkayakan dirinya? Atau bila dah kaya, Jui Meng merasa dia perlulah pulak memiskinkan MCA? ...supaya Cina lain tak boleh kaya macam dia.

Inilah batu ronson yang tak sedar bahawa dirinya batu yang merasakan bahawa dirinya mampu timbul dengan sendirinya, walhal sifatnya batu itu adalah tenggelam.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI