TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, December 11, 2012

MAZLAN UMUM BERTANDING PARLIMEN TENGGARA?


Bergambar dengan latarbelakang Parlimen dah jadi cover foto untuk FB, tapi tu gambar masa berangan selepas kempunan nak jadi ahli Parlimen. 

Dengar kabonya, 16 Disember ni nanti, Mazlan akan mengadakan pesta umpat dan fitnah kerajaan di perkarangan rumahnya di Felda Bukit Ramun. Betul ke Mazlan akan umumkan yang dia akan bertanding di Parlimen Tenggara? 

Ha...ha...ha...itu hanya setakat pertanyaan aku sahaja. Walau bagaimanapun, aku nak sangat tengok kejantanan si Mazlan ni samada dia berani atau tidak bertanding di Parlimen Tenggara, di kampung halamannya sendiri. 

Apa guna kononnya nak bantu rakyat tetapi jiran-jiran dan rakan sekampung, sepermainan tak dipedulikan? Kalau menurut pemerhatian aku, kalau disuruh oleh pucuk pimpinan PAS agar dia bertanding di Parlimen Tenggara, mahu merajuk si Mazlan ni dan silap-silap boleh masuk UMNO dia. Mengapa tidak? Suruh dia bertanding di Tenggara memang peluang dia nak menang cuma 2% sahaja! Memang sah akan jadi ANAK yang tak keruan.

Gitu-gini, pada 16 Disember nanti, aku harap Mazlan sewa la tiga empat bas. Bawak la orang dari Kedah ke Kelantan ke, kat rumah ko tu. Jangan nanti dok gah kat tempat orang, kat laman sendiri cuma tiga empat kerat aje yang hadir macam dulu tu, macam gambar kat bawah niii...kan ke kat depan rumah ko tuuu. Nanti ketawa beso aku!!!



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI