TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, January 23, 2013

ALANGKAH BAGUSNYA....

  
Esok, kita umat Islam akan meraikan kelahiran Nabi Besar kita Muhammad S.A.W. Dah jadi macam satu tradisi bagi kita umat Islam Melayu di Malaysia ini, akan berarak sambil berselawat bagi memperingati kelahiran Nabi kita dan menandakan syukurnya kita dikurniakan Allah seorang Nabi yang membawa kita kepada agama Allah ini.

Dalam sibuk-sibuk perarakan esok, akan naik bermacam sepanduk, bermacam lambang bagi mewakili kumpulan masing-masing. Mahu sangat aku melihat dalam keramaian perarakan esok, akan berlaga bahu antara penyokong UMNO, penyokong PAS dan penyokong PKR masing-masing bersama-sama dengan bendera kemegahan mereka, mampu sama-sama menunjukkan satu ikatan yang kuat umat Islam Melayu di bumi Tanah Melayu ini. Boleh bersama-sama sebelah menyebelah bersatu dalam ikatan agama, berarak dengan penuh harmoni, dengan satu hati, dengan satu kekuatan iaitu kekuatan persaudaraan sesama Islam.

Kiranya ini mampu berlaku esok, mungkin sehabis perarakan itu, bolehlah masing-masing mencari satu titik persamaan untuk sama-sama berganding bahu untuk menyatukan politik orang-orang Islam dan juga Melayu di bumi bertuah ini agar kekuasaan Islam dan Melayu akan terus utuh, digeruni dan disegani oleh kawan dan lawan.

Kalau kita boleh berlaga dan berganding bahu dengan mereka yang bukan seagama dan sebangsa dengan kita, mengapa tidak kita menyatukan politik kita sesama Islam dan Melayu walaupun bermula dengan satu titik persamaan yang kecil?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI