TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, January 5, 2013

CIKGU MALA TAK BAHAGIA, KECEWA?


Kali ni lain bebeno bunyi status FB Cikgu Mala. Agaknya teruja tengok bebudak pergi sekolah, maka teringatlah pulak zaman-zaman bergelar cikgu dahulu. Setiap hari diucap selamat. Sekarang pulak ni, setiap hari pulak mengucap umpat dan fitnah.


Kalau melihat pada bunyi status tu, macam tak bahagia aje. Yalah... mana nak bahagia, dulu dah bagus-bagus jadi cikgu, tak bersyukur. Tak cukup dengan apa yang ada. Gila pulak nak jadi YB sampai sanggup buang kerjaya guru. Kalau masih bergelar guru, tentu tenang kehidupannya sekarang.

Dek kerana tak bersyukur, maka terpaksalah bergembira dengan apa yang ada sekarang. Terpaksalah melalak di pentas-pentas PAS, terpaksalah senyum walau teringatkan anak-anak walhal dah pukul 12.00 malam, tapi masih entah di ceruk pentas mana sedang memegang mikrofon.

Tengoklah nanti selepas PRU 13 ni. Agak-agaknya kalau tak menang bertanding, tak dapat lagi jadi YB, mampukah lagi Cikgu Maarof tersenyum untuk mengiring isterinya kehulu-kehilir? Gitu-gini, Cikgu Mala memang le terpaksa bersyukur dengan apa yang ada. Syukurnya masih ada yang sudi memanggil dengan nama cikgu lagi walaupun Cikgu Mala meninggalkan profession tersebut kerana tidak bersyukur dengan apa yang diperolehi dan apa yang boleh disumbangkannya dengan menjadi cikgu.

Cuma malam-malam begini, aku suka nak congakkan kepada Cikgu Mala bahawa dari congakan aku, jasa Cikgu Mala semasa jadi Cikgu dulu berlipat-lipat kali gandanya dari apa yang dapat dilakukannya hanya dengan bergelar bekas calon PRK. Moga Cikgu Mala dapat renungkan.


1 comment:

usin said...

sekali sekala mesti cg mala ni ambik kalkulator utk kira berapa gaji dia kalau tak berenti jd cg dulu. campur tambahan 13% semakan gaji lg. campur bonus lg....ish..ish... menyesal aku berenti dulu...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI