Apa agaknya yang mahu dicari lagi oleh puak-puak ini di kawasan rumah 3 sekeluarga yang membunuh diri di Pengerang itu? Apakah mereka mencari dari lubang manakah, roh-roh simati tu keluar? Tak tahu le pulak, gambar di atas diambil selepas atau sebelum mereka bertafakur di depan colok tu.
Walaupun adik si mati telah menolak telahan mereka bahawa keluarga abangnya membunuh diri kerana tekanan projek RAPID, Pengerang, nampaknya puak-puak ini masih tak reti bahasa. Seboleh-bolehnya mereka mahu mengaitkannya dengan RAPID.
Kalau pengakuan adik mangsa yang terdekatpun mereka tak mahu pakai, masih mahu mensensasikan kematian mangsa dengan projek RAPID, maka puak-puak ini yang dah dihalau oleh warga Felda hanya menunggu masa pula untuk diperhambat oleh warga Pengerang kerana merumitkan keadaan dan suka mengambil kesempatan.
No comments:
Post a Comment