TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, January 5, 2013

DAP PATUT EDIT DAN AUDIT SEKALI LAGI

Kelakar sungguh cara DAP memasukkan calon Melayu ke dalam jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC). Pada hari pengundian, setelah melakukan kiraan selama lebih dari lima setengah jam, tiada satupun calon Melayu yang tersenarai untuk menduduki CEC.


Namun setelah lebih dua minggu tiba-tiba keluar berita gempar mengatakan terdapat kesilapan mengira undi. Kalau kesilapan tu cuma mengakibatkan perbezaan undi sekitar 50 kertas undi, mungkin boleh diterima dek akal. Namun kesilapan yang diumumkan itu bukannya setakat 50 undi, ia amat besar sekali iaitu Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi sebenarnya menerima 803 undi -perbezaan 498 undi dan undi Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya menerima 669 undi -perbezaan 533 undi.

Pelik betul. Rasanya DAP patut mengedit dan mengaudit semula undi-undi perwakilan dan tentu akan ada keputusan yang akan lebih memeranjatkan, silap-silap berkemungkinan Karpal Sing, Kit Siang dan Guan Eng juga tersingkir dari senarai CEC.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI