TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, January 13, 2013

KESILAPAN PDRM MENYEBABKAN HKL112 GAGAL

  
Apa bezanya antara 45,000 atau 80,000 orang yang hadir pada Himpunan HKR KL112 semalam. Apa yang jelas ialah sasaran kehadiran oleh penganjur tidak tercapai. Mengapa?

Ini mungkin juga disebabkan oleh pengumuman awal oleh PDRM bahawa unit FRU tidak akan terlibat dalam menjaga keamanan pada hari tersebut. Bagi puak-puak ini, ketidakhadiran FRU merupakan sesuatu yang mengurangkan umphhh setelah mereka bersiap dengan air mineral, garam dan tuala kecil.
  
  
Mungkin ramai yang telah bersiap dengan air mineral, garam dan tuala kecil itu membatalkan hasrat mereka di saat-saat akhir. Ketiadaan FRU bermakna tiada peluang untuk mereka melakukan provokasi. Justru itu, peluang untuk menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa juga tipis. Matlamat mereka berkumpul ialah untuk menunjukkan betapa ganasnya pihak berkuasa terhadap mereka, betapa ganasnya kerajaan sedia ada terhadap mereka. Nampaknya mereka kempunan pada kali ini. Mereka hampa kerana tidak dapat merempuh halangan, mereka hampa tak disembur dengan air gatal dan juga gas pemedih mata. Mereka gagal untuk menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada sekarang ini adalah kerajaan yang zalim.

Mengecualikan FRU dari menjaga keamanan pada himpunan KL112 semalam merupakan satu langkah bijak oleh PDRM. Eloknya dimasa-masa akan datang, anggota biasa PDRM juga tak payahlah terlibat secara besar-besaran menjaga keamanan puak-puak ini sekiranya mereka ingin berdemonstrasi, serahkan sahaja kepada unit Amal PAS. Pasti mereka lebih malas nak berkumpul!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI