TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, January 14, 2013

KEYAKINAN KAMI BESAR

  
Bukan sahaja bendera yang besar, malah semangat bekerja dan keyakinan untuk menang dalam PRU 13 juga sangat besar bagi jawatankuasa PDM Parlimen Tenggara.

Dalam majlis ramah mesra dan makan malam bersama jentera PDM Parlimen Tenggara di Kg Temenin Baru bersama Datuk Dr Adham Baba, ADUN Pasir Raja yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara pada malam semalam, bendera besar UMNO telah dikeluarkan dan bakal berkibar di Parlimen Tenggara.

  
Bagi ahli UMNO Tenggara, ini melambangkan  semangat besar mereka untuk bekerja memenangkan calun BN dan juga keyakinan mereka yang besar bahawa BN pasti akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PRU 13 nanti.

Semoga semua jentera PDM dalam parlimen Tenggara akan terus bergerak sehingga PRU untuk memastikan kejayaan adalah milik BN dengan bertemu para pengundi dan meminta mereka menolak segala janji-janji pembangkang yang tidak pasti serta menolak budaya fitnah.
  
  
Kekuatan jentera PDM sangat penting untuk memastikan para pengundi tahu apa yang benar dan apa yang salah, siapa yang berjanji dan siapa yang menunaikan janji. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh jentera-jentera PDM Tenggara ini dan maklumbalas-maklumbalas yang diterima dari pengundi, dalam PRU 13 nanti seperti ada kemungkinan calun pembangkang akan kehilangan wang pertaruhan di Tenggara ini!!! Syabas UMNO Tenggara.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI