TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, February 5, 2013

LIMAU PAS, LIMAU BN

Dah dekat nak Raya Cina ni, aku tengok FB puak PAS penuh dengan gambar-gambar mereka mengagihkan limau kepada para pengundi Tionghua. Jeles juga aku tengok dia orang buat promosi bagi limau ni. Apakah pemimpin BN tak ada bagi limau kat pengundi Tionghua?

Tanya punya tanya, dapat le juga aku gambar ADUN Pasir Raja,  Datuk Dr Adham Baba sedang membahagikan limau kepada pengundi Tionghua dalam suasana hujan. Bezanya, kita tengok gambar dulu. Mula-mula kita tengok macam mana Deris Ahmad dari PAS bagi limau.
Budak-budak bagi sebiji aje cukup
Nyonya juga tak boleh lebih, sebiji aje...
Apek kena bagi dua biji... he...he...he.... 
Sekarang kita tengok pulak bagaimana ADUN UMNO ni bagi limau dan mengunjungi keluarga Tionghua di jajahannya. Berkunjung untuk menggembirakan para pengundinya.
   
Berhujan beb... menyelusuri pengundi Tionghua
Keluarga besar, DUA kotak limau dan sebakul keperluan dapur!
Keluarga kecil, SEKOTAK limau dan sebakul keperluan dapur
Penat berjalan dalam hujan, rehat kejap dalam van.
   
Ha...ha...ha... limau PAS masam! Tak boleh bagi banyak-banyak, nanti tak termakan dek masamnya.

Itulah bezanya antara pemimpin PAS dan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO datang ke rumah, beramah mesra. Pemimpin PAS jumpa pengundi di jalanan dan pasar. Pemimpin PAS bagi umpan. Pemimpin UMNO bagi untuk mencukupkan. Kalau setakat dua biji limau aje, nak buat apa. Nak bagi, bagilah agar mencukupi. Dan untuk sambut perayaan, bukan limau aje keperluannya. Menyedari hal tersebut, Dr Adham juga memberi sebakul penuh barang-barang keperluan untuk memasak kepada setiap keluarga pengundinya semoga ia akan dapat juga mengurangkan perbelanjaan keluarga tersebut untuk menyambut perayaan. 

Itupun ADUN UMNO ni tak menunjuk-nunjuk di FB atau di mana-mana media. Kalau tak kerana aku yang gatal nak bandingkan antara limau PAS dan limau UMNO, rasanya orang yang tak sambut Tahun Baru Cina tak akan tahu bahawa sumbangannya jauh lebih hebat dari dua biji limau yang dibuat oleh pemimpin PAS. Namun begitu, rasanya Mazlan Aliman memang tahu kehebatan Dr Adham ini dalam menjaga pengundinya, tu sebab dia tak sanggup nak bertanding di DUN Pasir Raja ataupun Parlimen Tenggara.


1 comment:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Nyonya jual limau pun tengok limau dia lagi sedap dari limau PAS tu bagi. DAP ganti PAS... punah..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI