TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, July 1, 2013

AMAH INDON SEMAKIN MULUS

     
Pasti ramai majikan yang menggaru kepala bila kerajaan Malaysia bersetuju menetapkan kos yang perlu dibayar oleh majikan untuk pengambilan pembantu rumah asing Indonesia ialah RM8,000 kononnya setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.

Agaknya susah juga melatih pembantu rumah ini yang kebanyakkannya hanya membantu mengemas rumah, membasuh baju dan mengasuh anak. Kebanyakan majikan pula agak keberatan untuk melepaskan tugas memasak kepada majikan melainkan hanya setakat membantu sahaja.

Eloknya dalam hal pengambilan pembantu rumah ini, haramkan sahaja ejen atau orang tengah. Kalau dengan kos RM8,000 itu, eloklah bakal majikan bercuti ke Indonesia sambil-sambil mencari sendiri bakal pembantu rumah mereka. Sekurang-kurangnya pihak majikan dapat juga tahu di mana kampung halaman dan keluarga bakal amah mereka. Setelah berpuashati dengan latar belakang keluarga dan pekerti amah tersebut, bolehlah terus di bawa pulang ke Malaysia dan memohon permit kerja untuk amah tersebut. Bukankah itu lebih baik dari mengkayakan ejen dan orang tengah.

Dengan pengumuman kos sebanyak RM8,000 itu dan memberhentikan kelulusan permit kerja untuk amah-amah yang datang dengan pas pelancong, jelas seolah-olah ini adalah agenda untuk mengkayakan agen dan bukannya untuk memudahkan rakyat untuk mencari pembantu rumah.

Apakah nanti setelah membayar kos yang sebegitu tinggi, bakal-bakal amah yang akan datang ke Malaysia nanti terdiri dari gadis-gadis yang mulus-mulus dan putih melepak sampaikan isteri tak akan tinggalkan rumah selagi suami tak keluar bekerja?


1 comment:

hisham said...

Sy baru balik dari indonesia..15hari disana..jenuh jelajah kawasan ksmpong dan desa melihat kehidupan warga indo disana..ramai yg berjaya buat rumah besar dan beli tanah serta usaha ternakan lembu..modalnya dari malaysia..sebenarnya tk ramai yg nak kerja jd pembantu rumah di malaysia..faktor utama gaji murah,terkongkong dan isteri cemburu..ini hasil dari temubual sy dgn beberapa org bekas pembantu rumah yg telah pulang ke kpg masing2...warga indon lebih senang masuk guna visa pelancong dan bekerja sebagai klener opis dan pembantu kedai mkn..mereka lebih bebas tanpa terikat dgn peraturan dan tidak dipotong gaji sebagai pembayaran balik kos kemasukan olih ejen...mereka cuma risau di tahan olih kereta peronda polis,itu pun bolih kowtime...selepas lima tahun mereka bebas pulang dgn bantuan tekong yg uruskan segala dokuman termasuk pasport,penalti olih imigeresen dan tiket airasia..separuh dari kerusi penerbangan air asia dari lcct ke surabaya di duduki olih warga indonesia yg pulang ke negara mereka..lepas dua atau tiga bulan mereka maduk semula guna pasport baru juga guna khidmat air asia melalui lcct...bukan susah pun masuk ke malaysia tuk bekerja tanpa guna permit kerja sah...kerajaan indonesia tk pernah halang rakyatnya bekerja di malaysia...kerana wang yg dihantar berbillion ringgit..15 hari sy i kawasan pendalaman pulau jawa,bercampor dgn masyarakat disana yg menjadi pembekal tenaga kerja di malaysia..ramai yg dah kaya dan jadi peniaga,penternak lembu dan memiliki tanah pertanian hadil dari bekerja cara haram di malaysia..pengedar rokok kretek seludup di kawasan klang dan melaka selama 8 bolih membina dua buah premis perniagaan borong di desa leran wetan,kacamatan palang,dlm kabupaten tuban jawa timur...ini pengakuan individu itu sendiri pada saya..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI