TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 6, 2013

MENTERI CINCAI?

     
Bila Tan Sri Muhyiddin berkata bahawa kabinet bersetuju untuk penarikan balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wailayah Persekutuan) 2013 demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua pihak, ia seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. 

Menurutnya lagi isu status agama anak ini juga  telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ianya juga ditarik semula bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang tersebut secara holistik dan rang undang-undang ini hanya akan dibentangkan semula setelah mendapat persetujuan semua pihak.


Dah dibaca di Dewan Rakyat untuk pertama kali, dapat bantahan dan ditarik semula. Apakah sebelum rang undang-undang itu dibentang, ianya tidak dibincangkan diperingkat menteri dahulu? Apakah pembentangan rang undang-undang macam main tarik tali? Apakah maknanya mahu meneliti semula secara holistik kemudian membentangkannya sekali lagi? 

Apakah sebelum ini rang undang-undang tersebut tidak diteliti dengan mendalam? Kalau begitu kisahnya, maka jelaslah menteri cincai dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk kesejahteraan rakyat!


1 comment:

Anonymous said...

nampaknya perjuangan islam di persada politik malaysia semakin layu ...

jika pas dengan taat dan akurnya merunduk kepada khalifah lim ...

apa kurangnya umno ... mereka pun tidak mahu ketinggalan untuk patuh dan sujud kepada mca ...

walhal dalam pru 13 ... bn mengalami kekalahan dibanyak kerusi kerana puak kuning ini tidak undi pun bn ... tetapi kerajaan bn kekal berkuasa ... untuk apa umno merayu, taat dan patuh serta sujud kepada puak kuning ini ...

kepada pimpinan melayu yang kononnya memperjuangan islam dan melayu ... simpan saja dalam poket buat kenangan ...

tidak ada bezanya umno ... pas ... dan pkr ... apabila kita membicarakan persoalan survival melayu dan islam ...

dalam parti agama pas apabila undang-undang melarang perempuan memotong rambut diluluskan oleh dun dan dilaksanakan oleh penguatkuasa ... maka apabila ketegahan dan larangan penguatkuasaan itu dibuat oleh mursyidol am dap ... kapal sing ... maka undang-undang itu pun dihapuskira ...

dalam pkr ... apabila mahu undang-undang murtad dibentangkan dan perlu mendapat mandat untuk menyokong ... nwar berahi al-mehdi perlu mendapat blessing dari ambigal dan kkalifah lim ... barulah pendirian jelas akan diberikan ... hem agak kau orang mahukah khalifah lim dan ambigal kafir laknattullah mahu menyokong undang-undang murtad yang akan merugikan puak dia orang ...

dalam umno ... mca boleh memberi kata pemutus samada undang-undang yang telah dibentangkan itu diterima untuk dilaksanakan atau tidak ...

seeloknya aku cadangkan pemimpin umno, pas dan pkr melantik puak kafir laknattullah menjadi penasihat agama islam dalam membuat draf dan perlaksanaan undang-undang islam ...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI