Lembaga Penapisan Filem dilaporkan sedang meneliti semula kandungan filem The New Village. Boleh atau tidak ianya ditayangkan, khabarnya akan diketahui setelah laporan lengkap dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri lewat minggu ini.
Bagi aku, kalau filem tersebut menyatakan kenapa Cina ditempatkan dalam satu petempatan yang dinamakan Kampung Baru dan diberikan kad catuan makanan, dan kenapa disetiap pintu masuk ke Kampung Baru tertera notis melarang sebarang perbuatan membawa keluar makanan, maka bolehlah filem tersebut ditayangkan.
Kalau dah Cina yang duduk dalam Kampung Baru tu makanpun bercatu dan makan nasi kawah tetapi masih ada para simpati yang sembunyi-sembunyi membawa keluar makanan hanya nak bagi komunis tak mati kebulur, eloklah anak-anak Cina yang ada sekarang fikir semula, apakah komunis yang hero, atau penduduk Kampung Baru yang baik hati? Malah ada sesetengah Cina di Kampung Baru tu, menyeludup keluar makanan bukan kerana simpati, tetapi kerana takut dengan keganasan komunis yang tak berhati perut sekiranya permintaan mereka tak diturutkan dan akan menyusahkan mereka apabila ke kebun. Apakah anak-anak Cina sekarang masih mahu mengagungkan komunis juga?
Anak-anak Cina kena ingat, kalau tak kerana kerajaan British dan kemudiannya diteruskan lagi oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menjaga tok nenek mereka dalam perkampungan yang dinamakan Kampung Baru, mungkin hari ini ramai yang tak lahir ke dunia sebab tanpa kawalan kerajaan, besar kemungkinan tok nenek mereka dipaksa ke hutan oleh komunis dan tentunya dengan suasana komunis yang kalah di Malaysia ini, ramai yang telah mati bertempur dengan tentera dan polis suatu ketika dulu.
1 comment:
Tengok..beras, tepung, gula garam dapat free.. tapak rumah dapat free.. boleh pergi kerja lagi hari-hari.. siapa yang jahat ni?
Post a Comment