TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 16, 2013

UMNO JUGA KENA 60

             
Bila Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin meminta agar kerajaan supaya tidak melanjutkan tempoh perjawatan penjawat awam yang telah mencapai usia persaraan 60 tahun kepada bentuk kontrak terutama di peringkat tertinggi kecuali bagi individu yang mempunyai kebolehan luar biasa bagi memberi peluang kepada orang lain yang lebih muda, orang baru dan yang berjiwa besar, aku sokong sesangat.

Namun begitu, harapan aku agar janganlah hanya terpakai untuk penjawat awam sahaja. Buat sekali gesaan terhadap penjawat jawatan-jawatan tinggi dalam UMNO. Mintak masing-masing yang dah tua, dah tak terkemuka serta kebolehan tak seberapa tu, sedar-sedarlah diri, pada pemilihan UMNO yang bakal berlangsung nanti, tak payah le nak tawarkan diri untuk bertanding lagi. Cukup-cukuplah! Tak payah tunggu orang tolak melalui undi, sendiri mengundur untuk bagi peluang kepada muka baru. Mungkin muka-muka baru nanti, yang lebih muda, yang lebih berjiwa besar mampu mengubah UMNO yang sedang kelesuan dan keletihan sekarang ini.

Yang dah "lama" tu, kena bagi kepercayaan kepada orang baru, yang masih kuat kudrat untuk membantu, yang punya idea yang selari dengan keadaan semasa serta yang masih kuat daya fikirnya supaya tidaklah nanti akan ada orang berkata bahawa menteri kita menteri cap ayam. Insyaallah, UMNO mampu segar kembali.  


1 comment:

Anonymous said...

hahahhaahahahahaah aku sokong sejuta persen der!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI