Tiga nama besar ini aku susun sebab masing-masing ada persamaannya. Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Musa Hitam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kesemuanya anak Johor dan semuanya pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Allahyarham Tun Dr Ismail merupakan TPM Malaysia yang kedua. Seorang politikus hebat dan berkarisma. Meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 ketika sedang menjawat jawatan TPM. Anak Johor hampa. Tak kesampaian hajat nak melihat anak Johor sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tak mengapalah, mungkin Allah lebih menyayanginya. Kehilangannya diganti oleh anak Johor juga iaitu Allahyarham Tun Hussein Onn.
Kemudian, kita dapat lagi seorang anak Johor sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Dr Mahathir. Tun Musa Hitam, orang kelima sebagai TPM Malaysia. Juga politikus hebat yang teguh dengan jati diri. Beliau meletakkan jawatan hanya kerana tidak sehaluan dan bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir. Sekali lagi, melepas peluang orang Johor yang dah berkeyakinan bahawa Tun Musalah bakal PM selepas Tun Mahathir.
Sekarang, Tan Sri Muhyiddin pula sebagai anak Johor yang menduduki jawatan Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan menjadi anak Johor ke 3 yang pencapaiannya hanya setakat timbalan sahaja atau dia lebih bernasib baik dapat mengikut jejak Tun Hussein Onn?
Menjelang PAU nanti, Tan Sri Muhyiddin masih membisu seolah-olah sudah puas dengan tempat nombor 2 walaupun ramai anak Johor nak sangat melihat Tan Sri Muhyiddin mengintai-intai tempat nombor 1 dalam UMNO tu. Atau Tan Sri Muhyiddin nak bagi peluang sorang lagi anak Johor yang dah ada tempat dalam hierarki UMNO? ......sepupu Datuk Seri Najib?????
Kalau ikut congak-congak rakyat marhaein, kalau bukan sekarang, dah tiada lagi peluang untuk Tan Sri Muhyiddin. Nak tunggu hingga PRU 14, kata mereka ketika itu kerosakan dah terlalu banyak dan dah tak ter"repair" lagi oleh UMNO untuk mengambil hati orang Melayu untuk terus mengundi Barisan Nasional. Wallahua'lam.
4 comments:
Assalam Bro
Kecewa juga hati ni bila Tan Sri Muhyiddin hanya sanggup jadi orang no. 2... Hari tu balik Muar pun Pak Mentua aku cakap.. Tan Sri goyang nak lawan Najib.. Pada aku Tan Sri dah terlalu lama dalam politik dan kalau kalah bertanding dalam pemilihan UMNO pun bukan maknanya akan terus tenggelam dalam politik... Sebab Tan Sri ada penyokongnya sendiri... Rasanya INI KALI LAH KALAU NAK JADI PRESIDEN UMNO... LAIN KALI LAH TAKUT TAK SEMPAT...
JIka rasa diri mampu menerajui kepimpinan negara kenapa tidak , tidak rugi hilang jawatan jika sekali pun kalah kerana TSM juga telah terlalu lama dalam politik , jika takut bermain omabk jangan main pantai jika takut terbakar jangan bermain dengan api
Jika takut kalah jangan lawan tetapi apa akan berlaku jika ada orang lain lawan TSM untuk jawatn No 2 dan dia kalah ? Hilang segala nya .. yang dikendong keciciran dan diidam tidak dapat
Muhyiddin sendiri tidak mendapat sokongan padu umno johor - khaled nordin asal usul org musa hitam, org paklah Dan kini org najib.
BILA PULA GILIRAN ANAK JATI KELANTAN,TERENGGANU,PERAK DAN MELAKA NAK JADI NO1 DAN NO 2 DALAM HEREAKI UMNO.BILA,BILA DAN BILA KAWE DOK JENOH TUNGGU.
Post a Comment