Kalau diambil kira dari tarikh 31 Ogos 1957, dah 56 tahun kita merdeka. Tanah Melayu yang merdeka. Mungkin 56 tahun itu tempoh yang cukup lama. Dah ramai warga yang lahir selepas merdeka, sekarang ini bukan sahaja dah beranak, malah dah bercucu. Dah tua dah!!!
Nak tunjuk baik, mahukan perpaduan, keharmonian kaum kononnya, pemimpin Melayu terdahulu berkorban, tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Secara rasminya, 50 tahun dah Persekutuan Tanah Melayu ni dipanggil Malaysia. Berbaloikah?

Kenapa Jawa, Bugis, Banjar, Minang dan banyak lagi suku-suku Melayu boleh menghadkan penggunaan bahasa tok nenek mereka ketika di rumah dan merdeka sebagai bangsa Malaysia ketika di sekolah dan tak pulak pupus bahasa pertuturan tok nenek mereka walaupun tiada SJK Jawa atau Bugis atau Banjar mahupun Minang? Apakah Cina dan India masih tak merasakan mereka merdeka di bumi Malaysia sebagai bangsa Malaysia?
Kalau sememangnya ahli politik Malaysia tiada keupayaan untuk meMalaysiakan rakyatnya melalui pendidikan, eloklah kita perkenalkan lebih banyak lagi SJK agar Jawa, Banjar, Bugis, Minang, Mendailing dan sebagainya ada SJK mereka sendiri. Mereka juga ada kebanggaan terhadap bahasa nenek moyang mereka, Biar pada sambutan 100 tahun merdeka nanti, kita sesama rakyat Malaysia hanya berhubung dan berinteraksi melalui bahasa isyarat sahaja!!!... dan jadikan bahasa isyarat tu sebagai bahasa rasmi Malaysia!
No comments:
Post a Comment