TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Monday, September 2, 2013

TENGGARA HEBAT -CAWANGANPUN ADA PARACHUTE

UMNO Tenggara memang hebat. Apa tak hebatnya? Mesyuarat Agung Wanita Cawanganpun boleh ada calun payung terjun! Cerita yang aku dapat dari orang kampung di UMNO Cawangan Kg Rantau Panjang dalam Bahagian Tenggara, pemilihan ketua wanita baru ada ala-ala "morning raid". Hahaha... mungkin agaknya calun tu ada dengar-dengar kemungkinan ketua wanita cawangan akan dapat elaun bulanan kot!!!
Hebatnya ketua wanita baru UMNO Cawangan Kg Rantau Panjang ni ialah, majoriti kakak-kakak dan makcik-makcik kat Kg Rantau Panjang ni tak kenal, namapun tak tau. Kalau tanya dengan pakcik dan atok-atok, lagi le mereka tak kenal. Merekapun tak tau bila ketua wanita baru ni jadi ahli kat kampung mereka.

Kalau ikut kata nenek-nenek dan atok-atok yang mengadu kat aku, nama dia memang ada sebagai ahli, tapi ini kalilah datang mesyuarat dan tetiba aje jadi ketua wanita cawangan. Khabarnya mesyuarat macam magic, macam terpukau. Dah lepas baru sibuk mereka bising, macam mana orang luar, orang yang mereka tak kenal, yang duduk kat bandar Johor Bahru boleh jadi ketua wanita cawangan mereka yang duduknya di hulu Sungai Johor.

Dah dipilih, baru orang kampung ternganga. Kononnya ketua wanita baru ni dihantar oleh VVIP Tenggara dan dia adalah adik angkat VVIP tersebut. Dah dipilih baru orang kampung berkira, dapat ke ketua wanita baru ni nanti ikut kumpulan Yasin kampung? Dapatkah dia ikut gotong royong kampung? Berapa kali dalam sebulan dapat dia berkumpul dengan orang kampung?

Lebih hebat lagi cerita yang kedengaran ialah kononnya, ketua wanita cawangan yang datang dengan parachute ni bakal menamakan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Bahagian Tenggara dan akan mendapat restu dari VVIP tersebut. Sejauh mana kebenarannya, aku tak tau le.

Apapun, kalau betul le pemilihan ketua wanita UMNO cawangan tu kerana sokongan VVIP tersebut, aku rasa tak eloklah. Ini kerana calun tersebut, majoriti orang kampung tak kenal. Kalaupun nak bagi restu, bukankah ramai lagi wanita kampung tersebut yang berkebolehan, yang bermastautin di kampung tersebut. Jangan nanti kerana nak puaskan hati sendiri dan nak gembirakan adik angkat, akhirnya sekampung menyampah dengan UMNO dan nanti keluar pulak berita sekampung buat rombongan ke rumah Mazlan Aliman yang cuma letaknya di kampung sebelah sebab nak hantar borang  keahlian PAS!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI