TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 13, 2013

ANAK SULAIMAN PALESTIN CABAR SHAHRIZAT


Azalina tarik diri. Walaupun dah gah mencanang akan melawan Shahrizat dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO dalam PAU 2013, tetiba aje tarik diri dan menyepikan diri.

Kini timbul pulak nama yang tak pernah terlintas kat kepala sesiapapun, Raihan Sulaiman -menyatakan hasrat akan bertanding melawan Shahrizat. Siapa Raihan Sulaiman tu?

Raihan tu anak kepada Allahyarham Hj Sulaiman Palestin. Raihan memang le tak popular, tapi bapak dia cukup popular. Arwah Sulaiman Palestin adalah antara orang yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Haji Ahmad Maliki dan beberapa pemimpin lain yang telah bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan, nasihat dan penentuan tarikh kemerdekaan yang sesuai untukTanah Melayu.

Arwah Sulaiman Palestin juga orang yang pernah mencabar jawatan Presiden UMNO bila pada tahun 1978, beliau bertanding menentang Hussein Onn! Walaupun beliau kalah, tetapi sedikit sebanyak memberi kesan kepada politik Hussein Onn kerana Sulaiman Palestin dianggap bukanlah lawan yang sesuai untuknya.

Apakah Raihan ingin mencuba nasib sebagaimana arwah bapanya? Hadir sebagai calun yang tak dijangka untuk mencabar Shahrizat, rasanya kalau Raihan kalahpun tetapi mampu meraih sepertiga undi perwakilan, itu sudah cukup untuk menunjukkan jalan keluar buat Shahrizat! 

Namun begitu, kalaupun kalah, diharapkan agar Raihan tidak mengikut jejak langkah arwah bapanya yang diakhir hayatnya tidak bersama UMNO dengan menyertai Semangat 46 dan lebih menyedihkan lagi sebagaimana yang dilaporkan oleh Akhbar Watan Bil: 341 26 Julai 1988, Sulaiman Palestin berkata beliau tidak akan menghalalkan bahagiannya dalam harta UMNO lama sekiranya harta itu diambil oleh UMNO Baru. Sebagaimana diketahui umum, segala apa yang ada dalam UMNO lama tu, dah jadi harta UMNO baru, maka berkatkah harta tu untuk dimanfaatkan oleh anak Sulaiman Palestin? ...atau sebagai waris Sulaiman Palestin, sekiranya menang jawatan Ketua Wanita UMNO nanti, Raihan akan menghalalkan bahagian bapanya dalam harta UMNO?


1 comment:

Anonymous said...

Dari raihan baik si lembu.

Bodoh macam lembu dan pekak macam badak si raihan ni

ARTIKEL HANGAT BULAN INI