Seawal 24 September, Whatsapp dan SMS aku dihujani dengan berita bahawa Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato' Hamidah Osman telah didesak agar menarik diri dari bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO. Ramai yang meminta aku menulis berita tersebut namun aku hanya beranggapan ianya hanya sekadar khabar angin sahaja.
Sehinggalah senarai muktamad calon yang bertanding keluar, rupanya benarlah seperti yang dikhabarkan bahawa Hamidah menarik diri. Persoalan yang timbul di sini ialah apakah Hamidah menarik diri dengan kerelaan atau sememangnya ada desakan agar beliau menarik diri sebagaimana yang dikhabarkan awal-awal itu?
Menurut ramalan politik, para pemerhati menjangkakan bahawa Hamidah mempunyai potensi yang besar untuk memenangi jawatan Naib Ketua Wanita yang ditandinginya, maka mengapa beliau harus menarik diri?
Apakah ada desakan-desakan ghaib atau percaturan pihak tertentu untuk memberi kemenangan mudah kepada Datuk Azizah Mohd Dun yang dijangka dapat menewaskan Datuk Suraya Yaakub?
Ada pihak yang mengatakan bahawa percaturan untuk Datuk Azizah Mohd Dun menduduki tempat ke 2 Wanita UMNO adalah sebagai umpan Shahrizat untuk mendapatkan undi dari perwakilan Sabah. Namun ramai yang beranggapan bahawa Azizah bukanlah pelapis yang sesuai untuk menggantikan Shahrizat menerajui Wanita UMNO Malaysia.
Sekiranya benarlah penarikan diri Hamidah ini sememangnya dicaturkan untuk memenangkan orang tertentu tanpa mengira kerugian yang bakal dihadapi oleh Wanita UMNO dalam menyediakan barisan pelapis untuk memimpin dimasa akan datang, maka rugi besarlah UMNO. Nampaknya Wanita UMNO sentiasa hangat!!!
2 comments:
Salam.kenapa ini terjadi? apakah para pemimpin UMNO masih tidak mahu berubah? kenapa meminggirkan pemimpin yang layak bertanding dari bertanding?ini akan merugikan UMNO seluruhnya.Memang UMNO tidak pernah mahu berubah
Mentaliti Wanita UMNO x prnah dan x akn brubah..baik d prgkt cwgn,bhgn @ kbgsaan..slalu mnyekat pmmpin2 brpotensi...pmmpin wnita UMNO mrasakn bhw jwtn mreka milik mreka smpai mati...kalo ade pmmpin muda yg lyk mreka akn d sekat drpd mndpt jwtn yg trbaik...smpai ble wnita umno harus brfkiran sbegini...? UMNO akn ttp d takuk lame jika pmikirn sbegini d truskn...
Post a Comment