TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, September 17, 2013

KENAPA NUAR NAK PENING?

           
Dulu, semasa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib berjumpa dengan Pope, mereka tak pulak risau dengan apa pandangan rakyat terhadap tindakan mereka. Kenapa? ...mungkin mereka ikhlas dan tiada agenda tersembunyi. Lagipun mereka tahu, mereka adalah ketua negara Malaysia yang mempunyai penduduk beragama Kristian. Sesuailah seorang ketua negara bertemu dengan Pope yang juga seorang ketua penganut Kristian. Kalau Tun M dan DS Najib bukan ketua negara, rasanya mereka juga tak mahu berjumpa dengan Pope, sebab mereka berdua bukanlah seorang Kristian atau mewakili suara penganut Kristian.

Tapi kenapa pulak si Anwar ni belumpun berjumpa dengan Pope, hanya baru diundang kononnya, dah rasa bimbang akan timbul kontroversi hingga meminta pengundi kawasan Matang Pauh memahami tujuan pertemuannya itu?
        
            
Kalau pertemuan itu ikhlas dan tiada apa-apa agenda tersembunyi, kenapa perlu takut dengan kontroversi? Apa tujuan pertemuan tersebut yang Anwar mahu pengundi Matang Pauh faham?

Memahami kebimbangan Anwar itu hanya satu, iaitu Anwar sedar bahawa dia tiada kelayakan yang sewajarnya untuk bertemu dengan Pope. Atas kelayakan apa perlunya dia untuk bertemu Pope? Bertemu sebagai orang Kristian?...Anwar seorang Islam. Bertemu sebagai mewakili penganut Kristian Malaysia? Bertemu sebagai ketua negara yang mempunyai penganut Kristian? Untuk bercakap sebagai seorang ilmuan Islam? Siapa Anwar? Mungkin dengan kebimbangan tersebut, Anwar dah sedar siapa dirinya lebih-lebih lagi 16 September dahpun berlalu.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI