TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, March 5, 2014

TAK BOLEH BANTAH....RUPANYEEE

    
Patut le sekarang ni kalau orang nak membantah sesuatu dasar kerajaan, mereka akan beramai-ramai turun ke jalanraya dan berguling. Sebabnya kalau dah ramai, tak ada yang mengaku jadi ketua, maka sukar le sikit nak diambil tindakan.

Kalau setiap jabatan kerajaan mengamalkan dasar kuku besi sebegini, tak boleh ditegur oleh kakitangan mereka sendiri yang nampak dan terlibat dengan dasar atau sistem yang ingin dibuat, maka sampai bila-bila kita akan disogok dengan dasar-dasar syok sendiri para pembuat dasar.

Apapun ada baiknya guru ini dikenakan tindakan kerana sekurang-kurangnya kita tahu bahawa Kementerian Pendidikan ini tak boleh ditegur atau disangkal....maklumlah yang di atas tu semuanya para ilmuan yang bijak pandai dan sempurna segalanya. Ekoran ini, patutlah terkadang ada teguran-teguran dari ibubapa di mesyuarat PIBG yang memerlukan tindakan dari pihak yang lebih atas dari guru besar hanya setakat membuang air liur...
  
Berita lanjut di pautan ini: http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-bantah-pbs-rayu-batal-arahan-1.257065

1 comment:

Anonymous said...

nak nasihat sikit kt cikgu ni. lain kali jika ingin menyatakan idea atau bantahan kepada dasar2 pendidikan yg merepek, jangan babitkan kumpulan politik. bertindak sebagai kumpulan ngo sukarela dan tidak menumpang atau ditumpang oleh parti politik. bila telah membabitkan politik, bantahan akan direject dan kena tindakan tukar. walaupun awak cenderung kpd mana2 parti, dasar pendidikan adalah berasingan dan jangan sekali-kali dipolitikkan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI