TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, April 26, 2014

UMNO DAN PAS IKUT JEJAK FATAH DAN HAMAS?

    
Dua kumpulan politik Islam Palestin yang bermusuhan sejak sekian lama, telah bersetuju untuk berdamai dan bergabung. Kenapa? Kerana mereka mempunyai musuh yang sama, iaitu Israel yang menindas dan menggugat Islam.

Bagaimana dengan dua kumpulan politik Islam terbesar di Malaysia? Bila agaknya UMNO dan PAS akan berdamai dan bergabung? Perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan tanahair. Begitu juga dengan PAS, mereka juga berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair. Kedua-duanya meletakkan agama di depan perjuangan mereka. Kenapa tidak boleh mereka bergabung membentuk satu kumpulan yang kukuh dan besar?

Apakah PAS bergabung dengan DAP kerana melihat UMNO sebagai musuh bersama mereka? Kalau itu yang dilihat oleh para pemimpin PAS, apakah DAP menyokong perjuangan mereka untuk agama Islam?
     
        
Samada sedar atau tidak, kerana persekongkolan PAS dengan DAPlah telah menimbulkan banyak huru-hara terhadap kesucian agama Islam di Malaysia ini. 

Hasil dari persekongkolan PAS dengan DAP inilah telah lahir bukan Islam berceramah dengan membaca ayat Al Quran tanpa tahu hujung pangkalnya. Telah berani ahli politik wanita bukan Islam berceramah dalam surau. Telah berani meminta agar Bible ditulis dalam Bahasa Melayu. Telah berani bukan Islam mempertikaikan laungan azan dan pelbagai lagi. Walhal segala perkara di atas tidak terjadi sebelum PAS bergabung dengan DAP dan meletakkan bahawa UMNO adalah musuh bersama mereka!!!

Sebelum terlambat, eloklah para pemimpin UMNO dan PAS duduk bersama demi agama, bangsa dan tanahair. Kalau suara orang Islam, orang Melayu dan sayup dalam Parlimen nanti, tak ada gunanya lagi untuk berbincang. Ingat!!!!... yang sepet, yang bukan Islam, suara mereka di Parlimen bukanlah untuk orang Islam, bukan untuk orang Melayu walaupun ada antara mereka yang menang atas undi majoriti dari pengundi Islam dan Melayu.


1 comment:

Anonymous said...

Masaalahnya ialah kedua2 parti UMNO/PAS meletakkan Agama, Bangsa dan Tanahair dalam perjuangan mereka.

Kalau terhadapan di letakan kalimah Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah aku yakin mudah dua parti ini mudah bersatu.

Insya Allah amin......

ARTIKEL HANGAT BULAN INI