TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, December 7, 2013

PEMANDU SINGAPURA KURANG AJAR


Ekoran dari berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia mengenai 3 buah Lamborghini yang dinaiki oleh warga Singapura terbakar di lebuhraya Utara-Selatan (sini), ramai yang rakyat Malaysia yang telah menyuarakan rasa tak puas hati dan marah dengan sikap pemandu dari Singapura ketika berada di jalanraya Malaysia.

Keadaan jalanraya di Malaysia yang baik telah dijadikan sebagai medan oleh warga Singapura untuk menguji kereta-kereta mahal mereka kerana mereka tidak berpeluang melakukannya di Singapura.

Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertegas terhadap kereta-kereta dari Singapura ini dan sudah sepatutnya setiap kereta Singapura yang memasuki Malaysia dikenakan levi dan kadar bayaran tol juga perlulah pada satu kadar yang lebih tinggi dari kenderaan Malaysia. Selain dari itu, mungkin juga perlu dihadkan jumlah kemasukan kenderaan dari Singapura ini agar tidak menyesakkan jalanraya Malaysia.

Antara warga Malaysia yang marah dengan sikap pemandu dari Singapura ialah seorang pembaca dari Kluang yang menghantar emel kepada penulis sebagaimana di bawah ini;

Saya biasa menggunakan laluan Kluang-Mersing, Kluang-Kota Tinggi dan Kluang -Paloh-Yong Peng.
Kepada Polis Diraja Malaysia, sila buat tindakan segera kepada kelab2 kereta mewah dari singapura yg sering menggunakan laluan diatas pada hari ahad pagi (6am-11am) untuk berlumba sesame sendiri menggunakan jalan raya negeri Johor.

Jika anda rajin menunggu di jalan2 diatas diwaktu yg.disebut tadi, anda pasti akan terserempak kelab2 kereta ferrari, porshe dll dari Singapore secara kurang ajar bermaharaja lela memotong sesame sendiri secara merbahaya dan secara tak langsung menghina undang2 jalanraya kita.

Dah lah mereka tak pernah hormat kita, mengintip rahsia Negara dll, kini menggunakan jalan raya kita untuk memuaskan nafsu berlumba mereka.

Semoga pihak Polis dan kerajaan Malaysia bertindak tegas dalam isu ini.

gen2felda

Bila pembaca ini mengatakan bahawa kejadian di atas adalah "sering", ia seolah-olah tiada pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa Malaysia. Sekiranya benar tiada ketegasan dari pihak berkuasa Malaysia, maka sampai bila sikap kurang ajar pemandu dari Singapura ini dapat dihentikan?


Thursday, December 5, 2013

PAS BIKIN WA HATI SUSAH...

              
Manyak penin woo.... ini belita bukan Utusan tulis. Ini belita NST tulis. Ada butul ka PAS mahu tinggalkan DAP?

Aiyaaa... lu orang jangan takut maa... PAS suka main acah-acah aje. PAS tak akan berani tinggalkan PAKATAN. Dulu masa belum join dengan PAKATAN, PAS papa kedana. 

Lagipun, lu orang jangan bimbang sebab Nik Ajis hidup lagi. Nik Ajis ada cakap, selagi dia hidup, PAS dan UMNO tak akan bersatu. Jadi sekarang PAS nak bersatu dengan siapa? ....dengan DAP la...


Thursday, November 28, 2013

GAJI NAIK...SOKONGGG

       
Tentu ramai yang sedang membicarakan tentang kenaikan gaji MB dan ADUN Negeri Selangor sekarang ini. Kalau ramai kengkawan dan pembaca yang tak setuju, aku mengambil pendirian berbeza...eloklah dinaikkan dan elok juga negeri-negeri yang ditadbir oleh BN juga mengambil langkah yang sama.

Bagi aku, naik lebih tinggi lagipun tak mengapa. Wakil rakyat ni ramai yang nak dijaganya, luas kawasan yang nak ditadbir. Kalau gaji pengurus kilang yang cuma tak sampai seratus pekerja yang nak dijaga, yang luas kawasan kilangnya tak seberapa, boleh digajikan melebihi gaji wakil rakyat.... sampai bila kita nak menghargai pemimpin kita?

Bila pemimpin rasa tak dihargai, apakah mungkin mereka akan menghargai kita? Jika pendapatan pemimpin ciput, apakah kita akan dapat pemimpin yang berkualiti? Akhirnya, mereka yang benar-benar berbakat dan mampu memajukan negara tidak akan berminat untuk mengejar jawatan politik kerana sektor lain lebih menguntungkan.

Apapun, bila gaji wakil-wakil rakyat ini dah dinaikkan secukupnya, maka berhentikan amalan melantik wakil-wakil rakyat ni memegang apa-apa jawatan dalam GLC dan sebagainya. Kalau gaji dah cukup banyak, perlu apa nak kejar lagi elaun dari GLC? Maka wakil-wakil rakyat ini bolehlah sepenuh masa berada dikawasan bersama dengan rakyat yang mereka wakili. Sebagai rakyat... tak perlu kita mencemburui pendapatan wakil rakyat kita. Memang wajar mereka diberi lebih dan yang lebih itu akan ke rakyat juga akhirnya. 


Saturday, November 23, 2013

BAYO CEPATTT



Ops Cantas Trafik telah bermula. Sebanyak 215,000 waran tangkap telah dikeluarkan kepada pesalah trafik. Ops Cantas besar-besaran ini akan mengesan seberapa ramai pesalah trafik yang gagal melunaskan bayaran saman.

Gerakan mencari pesalah trafik termasuklah dengan mencari melalui sekatan jalanraya dan juga mencari di rumah. Eloklah mana-mana yang dah kumpul surat saman tu cepat-cepatlah selesaikannya ke mana-mana pejabat trafik yang berhampiran.

Jangan nanti bila dah kena tahan kat sekatan jalanraya, bila jiran-jiran dah keluar tengok kereta polis datang rumah, mula nak menyalahkan kerajaan dan polis pulak. 

Menurut Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff, orangramai boleh menyemak saman-saman mereka dengan melayari laman webwww.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank. Selain itu mereka juga juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter pilis trafik atau menyemaknya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Bayo....jangan tak bayo. Kena tangkap nanti lagi susah!!!


ARTIKEL HANGAT BULAN INI