Aku memang salute kat Datuk Ahmad Maslan. Tetap yakin dengan usaha untuk mengadakan kerjasama dengan PAS demi kebaikan orang Melayu. Tok Mat tak kisah, walaupun dah beberapa kali usahanya ditolak. Dia tetap tidak putus harapan dan masih lagi menaruh harapan.
Usaha Tok Mat ni bukanlah kerana UMNO dah tersepit atau kekurangan sokongan. Usaha ini adalah demi untuk menyatukan orang Melayu. Niat Tok Mat kalau boleh biarlah walaupun berlainan parti, berlainan pentas tetapi dalam soal-soal yang melibatkan maruah serta kepentingan Melayu dan Islam, biarlah orang Melayu bangun menjadi satu suara. Hanya dengan cara ini sahaja Melayu akan dihormati.
Kita lihat sahaja dalam beberapa isu yang lepas yang mengakibatkan kaum Cina di Malaysia. Mereka bersatu tanpa mengira samada mereka MCA atau GERAKAN ataupun DAP. Mereka bersatu mempertahankan apa yang mereka fikirkan hak mereka. Mereka bukan memandang siapa juara dalam mempertahankannya. Apa yang penting kepada mereka, kekuatan dan kesatuan bangsa harus dipamirkan.
Sebenarnya itulah yang diharapkan oleh Tok Mat, tapi mengapa PAS susah sangat nak memahaminya. Orang Melayu harus bersatu dan mempamirkan kekuatan mereka bila timbul keperluan. Pemimpin kena tolak tepi soal siapa juara, apa yang penting dunia harus ditunjukkan bahawa Melayu boleh bersatu, Melayu sebenarnya kuat walaupun berlainan pentas politik tetapi dalam soal mempertahankan hak dan maruah, Melayu akan bertaut. Hanya dengan situasi ini sahaja orang Melayu akan disegani dan dihormati.
Tapi sayangnya, PAS yang buta hati menganggap usaha Tok Mat ini adalah usaha UMNO yang terdesak. Mudah-mudahan PAS akan melihat usaha ini sebagai satu usaha yang baik demi umat Melayu. Ini bukan usaha untuk jadi juara politik. Diharapkan usaha Tok Mat ini akan membuahkan hasil juga akhirnya. Aku yakin dengan kesungguhan dan tidak kenal erti mengalah oleh Tok Mat ni.
3 comments:
tuan:-)
Lama sangat Tok Mat ni. Tak nampak jalan selagi Pok Nicky ada.
Kasi Kuli jadia ketua pembangkang, kemudian dia bawa masuk kesemua dlm BN.
termasuk Dap..hehe.
Sebab tu kemahiran Kuli, semua dia boleh masuk. Sat kiri, sat kanan.
Bila dlm BN, senang dia jadi PM. tak gitu Tuan?
Anwar dah ada dlm jail.
HH,
Kalau Kuli jadi PM, ramai Sepet yang buat kenduri besar. Kenduri 1 Malaysia. YamSeng 1 Malaysia.
salam perjuangan..blog tuan telah dipauutan dan dharapkan dapt memautkn blog sy pada senarai tuan..
keris7lok.blogspot.com
Post a Comment