Dah habis ikhtiar Nik Aziz untuk menghadapi PRU 13 yang bakal mendatang. Sempena malam 27 Ramadan, malam-malam ganjil yang biasanya dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar, Nik Aziz mengadakan munajat khas pilihanraya di Kota Baru.
Nik Aziz kata hanya tinggal doa sahaja sebagai senjata akhir untuk menghadapi BN dalam PRU 13 ni. Dalam bermunajat kepada Allah, Nik Aziz yang mungkin telah nampak bahawa PAS bakal menghadapi masalah dalam PRU 13 nanti tak sudah-sudah menuduh BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihanraya. Dalam hati Nik Aziz ni tak pernah ada sangka baik terhadap orang lain.
Berdoa dan bermunajatlah wahai Nik Aziz. Jangan nanti bila Allah dah menunjukkan ketentuanNya, masih lagi tidak dapat menerima hakikat.
Dalam cuti perayaan ni cuba renungkan sebab dan asbabnya, mengapa pada hari-hari biasa Kelantan tidak sesesak cuti perayaan. Tanya diri, setelah 20 tahun memerintah Kelantan mengapa terlalu ramai anak Kelantan hanya pulang bila Hari Raya sahaja? Apakah Kelantan tidak mempunyai tempat untuk mencari makan dan mencari kemewahan hidup? Apa usaha Kelantan untuk memakmurkan Kelantan sepanjang masa biar ceria sepanjang tahun bukannya setakat pada musim perayaan sahaja?
Habis cuti bertempiaran anak Kelantan sebahagian ke KL, sebahagian ke Johor, sebahagian ke Singapura dan entah mana pelusuk lagi hinggakan yang berkelulusan setakat SRP dan SPM pun tiada tempat untuk bersandar di Kelantan.
Berhentilah dari berburuk sangka terhadap orang lain, majukan Kelantan setanding negeri-negeri lain di Malaysia ni, Insyaallah menang besar pilihanraya nanti. Janganlah hanya tau berdoa dan bermunajat, tetapi dalam masa yang sama, sentiasa berburuk sangka sesama Islam dan sesama Melayu tetapi boleh bertepuk tampar dengan musuh Islam dan bersekongkol pula untuk meruntuhkan kerajaan yang diterajui oleh Islam.
5 comments:
mana niz aziz sebagai MB kelantan mampu nak beri makan kepada semua rakyat kelantan. maka terpaksa lah anak2 kelantan merantau keluar dari kelantan untuk hidup berkerja dengan kerajaan pimpinan UMNO juga. ramai kakitangan kerajaan JPA adalah rakyat kelantan dan orang2 yang menyokong nik aziz. bila balik kelantan untuk mengundi dorang undi PAS.
Untuk niz aziz, sudahlah tu dengan jawatan MB. Beri peluang pada orang lain untuk jadi MB kelantan pulak pada PRU akan datang.
kat tempat saya orang kampung asal kelantan sudah kaya raya,pejabat2 kerajaan kebanyakan di ketuai oleh orang kelantan, maka daerah ini ramai sangat orang kelantan...
TiS,
betul kata anon 4:44pm.
ramai anak kelantan bermastautin di luar tp balik mengundi pas. salah satu sbbnya yg ambo selalu dengar, nak kekalkan status-quo kelantan sebagai serambi mekah!! kalu kelantan dimajukan, maka maksiat akan berleluasa, kononnya.
dgn itu biarlah kelantan tidak maju asalkan anak2 kelantan selamat di serambi mekah.
tapi di luar serambi anak2 kelantan jadi serabai!!!!
yg balik utk raya memandu kereta mcm masuk drift...mendecit2 tayar meluncur dlm bandar2...konon2 nak tunjuk aku balik dari luar serambi mekah dgn plet non-D & pakaian masing2 mengalahkan artis top hollywood: rambut kaler, bercakap luwau, eksen nak mamp...
ambo tubit pukul 10.30 nak ke bank, biasa 5 minit dah sampai, ari ni pukul 11 lebih baru sampai!
jalan bandar baru 3 minggu jadi sehala. kena pusing2 cari parking satu hal. kereta2 sibuk nak parking tepi jalan sehala tu jugak! mentaliti tahap gaban tetap tak boleh ubah w/pun nak ubah bandar jadi metro!!
MEMANG RAMAI RAKYAT KELANTAN YANG BEKERJA DI NEGERI BN DAN KERJA GOMEN....TIDAK TERKECUALI SAYA....TATAPI TIDAK SEMUA RAKYAT KELATE SUKA DAN PRO NIK AZIZ....AKU PUN TIDAK BERKENAN DENGAN CARA BERPOLITIK NIK AZIZ MESKIPUN AKU ORGHE KELATE.....NIK AZIZ PADA AKU LAH HATINYA BUKAN BERASAL DARI SEKETUL DARAH.....TETAPI HATINYA DIPERBUAT DARI DAGING POLITIK,,,,,SEMUA BENDA HENDAK DIPOLITIK..TERMASUKLAH SOAL IBADAH......PADA BULAN YANG MULIA INI SEPATUTNYA DIA @ WALI SELIPAR MEMOHON AGAR ALLAH MEMPERKASAKAN UMMAH DAN MENURUNKAN RAHMAT SERTA MENYATUKAN HATI-HATI INSAN SEAGAMA...TETAPI APA YANG DIMOHONNYA AGAR PAS TERUS DIBERI PELUANG UNTUK TERUS BERKUASA,,,,,SEDANGKAN PAS TIDAK MAMPU DAN SEMAKIN LEMAH......PAS DARI HARI KE HARI SEMAKIN KELIRU DAN MENGELIRUKAN UMMAH....PAS SEMAKIN JAUH DARI PERJUANGAN ISLAM...PAS SEMAKIN RAKUS MENGHINA ISLAM DAN INSAN YANG TIDAK SEALIRAN.....PAS SEMAKIN RAKUS MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN PIHAK YANG MENENTANG UMMAH DAN BANGSA.....DEMI ALLAH PENOLAKAN RAKYAT KELANTAN SENDIRI TERHADAP PAS SEMAKIN KETARA DAN SEMAKIN BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.....INILAH SEBENARNYA RAHMAT YANG ALLAH TELAH TURUNKAN BUAT RAKYAT KELANTAN.....ALLAH TELAH BUKAKAN HATI-HATI MEREKA UNTUK MELIHAT HAKIKAT......PAS SEMAKIN TERPINGGIR......PAS SEMAKIN JAUH DI HATI RAKYAT KELATE....INILAH SEBENARNYA KETAKUTAN SEBENAR YANG DI ALAMI OLEH WALI SELIPAR SAHINGGAKAN BAGINDA BERMUNAJAT SEDEMIKIAN RUPA.......PERCAYALAH PAS PASTI KECUNDANG DENGAN IZIN ALLAH DI BUMI CIK SITI WAN KEMBANG...DAN SAAT ITULAH YANG AKU DAN RAKYAT KELATE TUNGGU SELAMA INI....INSYAALLAH..
Abe Zul Kelate,
Mudah-mudah akan menjadi kenyataan. Kita tolak PAS kerana perjuangan mereka jauh sangat tersasar.
Post a Comment