Sepertimana yang aku tulis semalam (sini), hari ni nampaknya BERSIH dan PAS dahpun bersuara dan mengulas kenyataan DS Najib mengenai pilihanraya awal dan Jawatankuasa Pilihanraya Khas Parlimen. BERSIH menuntut agar segala pembaharuan yang ingin dibuat oleh Jawatankuasa Pilihanraya Khas Parlimen mengenai pilihanraya perlu dilaksanakan dahulu baharulah dibubarkan parlimen. Menurut jurucakap BERSIH, Jawatankuasa Pilihanraya Khas Parlimen itu tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya parlimen dibubarkan sebelum panelnya selesai membuat kerja.
Kalau PRU13 awal.....saya surrender!!! |
PAS pula sudah mencadangkan agar pakatan tidak menerima keanggotaan dalam panel tersebut. Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka akan memutuskan mengenai keanggotaan Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihanraya Khas Parlimen dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat pada 24 Ogos ini.
DAP yang aku ingatkan akan lebih dahulu bersuara, nampaknya senyap.
Rupanya handal juga DS Najib memasang umpan. DAP nampaknya sekarang amat yakin, tak kira bila sekalipun pilihanraya akan diadakan, mereka akan beroleh kemenangan. Kerana itulah mereka tak bising.
Rupanya PAS yang takut kecundang. Agaknya setelah dicampur, ditolak, congak punya congak, PAS yakin tidak mampu untuk menang pilihanraya PRU 13 ini sekiranya ia diadakan terlalu awal. Mungkin PAS dah dapat membaca reaksi rakyat akhir-akhir ini. Dengan pelbagai masalah yang tersangkut akibat persekongkolan mereka dengan DAP, PAS takut untuk menghadapi pilihanraya awal, tidak seperti DAP yang mempunyai kayakinan tinggi sekarang ini, lebih-lebih lagi terhadap kawasan majoriti pengundi Cina. Itulah sebabnya DAP sekarang terlalu sombong bila bercakap, lihatlah sahaja cabaran Guan Eng terhadap Datuk Zainal Abidin Osman.
Tak sangka pula, perangkap dan umpan DS Najib cepat diterkam oleh pembangkang.
3 comments:
Pilihan raya awal ke atau lewat ka, PAS akan tetap akan menang dengan hanya lebih kurang 20 kerusi lebih sikit-sikit sahaja di Parlimen.
Tapi UMNO akan menang lebih daripada 90 kerusi di Parlimen. belum campur komponen-komponen lain dalam BN.
fikir-fikirkanlah, camana nak tubuh kerajaan PAS pusat?
DAP akan menang lebih 30 kerusi dan PKR 21 kerusi, jumlahnya ialah 71 kerusi sahaja.
Ini hanyalah ramalan sahaja.
Warga sebelum merdeka
Haaaa. Ini dah dapat jawapan:-)
Puas hamba memikior kenapa Najib buat strategi gini.
PAS-PKR pula napa melenting macam kena sawan tikus bila Najib pasang perangkap gitu.
Rupa-rupanya depa tak yakin boleh menang.
Cukup bijak dan tajam pemikiran Tuan TS.
Tapi PAS-PKR lagi bijak dengan rancangan BERSIH 3.0, supaya dapat momentum lebih mcm tahun 2008 dolu-dolu.
HH,
DS Najib tak akan buat PRU sebelum JKP selesai buat kerja, tapi yakinlah, JKP tersebut akan diarahkan buat secepat mungkin, mungkin antara 6 - 12 bulan sahaja.
Post a Comment