TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 24, 2011

RAMAI BANTAH PADERI GAY KAHWIN SEJENIS, NUAR BAGAIMANA?

Tindakan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng yang tetap berdegil untuk meneruskan rancangan berkahwin dengan kekasihnya serta memilih tarikh 31 Ogos ini untuk berbuat demikian disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap rakyat negara ini.
Banyak pihak yang telah menyuarakan bantahan terhadap tindakan Paderi tersebut yang dianggap mencabar norma agama dan budaya yang diamalkan oleh Masyarakat Malaysia.
makin ku tenung, makin cun......
Tim. Menteri Di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim percaya paderi tersebut tidak mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar kerana agama Kristian menentang keras amalan jijik tersebut dan menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak segera bagi memastikan rancangan padre gay tersebut tidak menjadi kenyataan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut juga menggesa kerajaan menggunakan apa juga peruntukan undang-undang yang ada untuk menghalang perkahwinan gay tersebut. Katanya perkahwinan tersebut perlu ditentang kerana ianya berlawanan dengan tabii manusia dan ajaran agama dan dengan membiarkan ianya berlaku seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia menerima perkahwinan sejenis.

Timbalan Pengerusi Hindu Sangam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Chandiran Periasamy juga mahu  sekatan  dilakukan oleh pihak berkuasa supaya majlis perkahwinan itu tidak diadakan kerana perkahwinan sejenis bukan budaya masyarakat kita dan jangan sampai ianya mencipta satu sejarah baru negara.

Aku cuma nak dengar pendirian dari Penasihat PKR aje, apakah dia juga menentang perkahwinan gay ini?

2 comments:

HHalem said...

Tuan:-)

Jgn tenong lama2.

Ramai yg dah Q siap kasi amaran, 'over my dead body'

Kalu nak tenong lama2, mai la kmpong dia. boleh borak lama2.
kena biskot kering, ayaq kopi pekat.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

He...he...he...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI