TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 24, 2011

BILA NUAR SOKONG HUDUD.....

Betul ke Nuar ni sokong hudud. Aku tak berapa yakin, malah sampai ke tahap tak percaya. Nuar sebenarnya sokong hudud hanya untuk mempunyai modal untuk menghentam UMNO sahaja. Kalau dia tak sokong hudud, dia dah tak ada modal lagi untuk dijaja.
Ane relax tau....saya mau kasi temberang sama itu PAS
Sejak sokong hudud ni, entah berapa kali dah dia hentam UMNO. Terkini dia kata UMNO hipokrit. Tidak pulak dia kata PAS hipokrit. Sebenarnya bab-bab hipokrit ni aku malas nak ulas. Tapi kalau aku cakap Nuar adalah bapak kepada semua hipokrit, aku rasa ramai yang setuju.

Aku berkata demikian ialah kerana sekiranya betul Nuar sokong hudud, orang yang pertama melenting ialah Karpal Singh. Tapi Karpal Singh cool aje bila Nuar sokong hudud, sebaliknya kalau orang lain yang cakap yes to hudud, Karpal punya marah macam nak bangun dari kerusinya.

Dalam bab ni aku yakin mungkin sebelum menyatakan yang dia sokong hudud, dia dah hembuskan kat telinga Karpal bahawa dia nak bodoh-bodohkan penyokong PAS bahawa dia sokong hudud, jadi nanti mana-mana tempat yang PKR bertanding, orang PAS akan beri sokongan.

Bijaknya Nuar ialah dia dapat 2 in 1 dengan sokong hudud ni iaitu pertama dapat menghentam UMNO dan keduanya dapat bodoh-bodohkan pengikut PAS.

3 comments:

HHalem said...

Nuat panggil Karpal tu, Aneeeee atau Anaaa.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Depan orang dia panggil Ane, belakang orang dia panggil Nana.

Quantum Metal Consultant said...

Bab politik, belit, pusing, muka simpati, muka tak bersalah serah pada Anwar - dia terhandal,

Guan Eng, Narpal, Najib, Nik Aziz memang dia boleh kelentong hingga tenganga dan lepas tu dia jual puak ni pada kedai besi buruk kira timbang kilo.

Tetapi untuk negara dan kesejahteraan rakyat - dengar boleh percaya jangan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI