TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 24, 2011

HUDUD PAS HANYA UNTUK GIMIK PILIHANRAYA

Hukum hudud yang dicanang oleh PAS sebenarnya hanyalah untuk gimik pilihanraya sahaja. Ini kerana hukum tersebut tak mungkin boleh terlaksana dengan Perlembagaan yang sedia ada sekarang.

PAS juga menyedari hal ini tetapi demi modal untuk berkempen pilihanraya, sebagaimana dengan janji syurga mereka, begitulah juga dengan perlaksanaan hukum hudud ini, ianya tetap dicanang. Itulah PAS, kerjanya hanya menjanjikan sesuatu yang tak mungkin boleh mereka lakukan kepada rakyat dan semoga rakyat tidak akan terus diperbodohkan lagi oleh PAS. Mungkin kita boleh sama-sama membaca ulasan pakar perlembagaan Malaysia di bawah ini

Pelaksanaan Hukum Hudud Boleh Disekat Dengan Akta Mahkamah Syariah - Pakar Perlembagaan

PETALING JAYA: Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan boleh disekat dengan adanya Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1995 pindaan (1984) yang mengehadkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri.

Menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz, di bawah akta ini mana-mana kesalahan jenayah yang memperuntukkan hukuman denda kurang daripada RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali boleh disekat dengan menggunakan akta berkenaan.

“Dalam kes ini, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan selagi akta ini wujud. Akta ini diluluskan oleh Parlimen, jadi mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan akta ini akan terbatal secara sendirinya.

“Berdasarkan jadual 9, senarai 2, butiran 1 Perlembagaan Persekutuan ia memberi kuasa kepada kerajaan pusat untuk menetapkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga pakar perlembagaan berkata, sekiranya kerajaan Kelantan masih mahu melaksanakan hukum hudud mereka perlu memohon kepada Parlimen untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

“Jika di lihat daripada sudut perundangan kerajaan Kelantan memang tidak boleh laksanakan hudud, kerana badan perundangan negeri tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Hukum hudud juga termasuk di bawah akta ini. Justeru, adalah lebih baik untuk kerajaan negeri merujuk kepada pakar undang-undang terlebih dahulu sebelum mereka mahu melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad ‘Uthman El-Muhammad berkata penerangan yang jelas mengenai pelaksanaan hukum hudud perlu diberikan terutamanya kepada masyarakat bukan Muslim bagi mengelakkan salah faham dan membuang persepsi negatif mereka terhadap Islam.

“Kita faham kerajaan Kelantan bukan takut untuk melaksanakannya, cuma kita khuatir tidak mampu menghadapi tekanan itu.

“Jadi adalah lebih baik mereka membuat persiapan secara rapi termasuklah mendapatkan nasihat pakar sepertimana yang disarankan dalam al-Quran,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad berkata perkara tersebut perlu dibincangkan secara mendalam dan tidak dilaksanakan hanya kerana ingin meraih sokongan politik semata-mata.

“Bincang dahulu, jangan hanya kerana politik kita beria-ria untuk melaksanakan hudud. Kita tidak mahu melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa sehingga membuatkan terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan,”

Jelasnya, tanpa persediaan yang rapi juga akan kerajaan PAS di Kelantan atau negara ditekan dalam pelbagai bentuk sekiranya negara lain tidak berpuas hati dengan cadangan ini.

Pada Khamis, Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: SINI

2 comments:

HHalem said...

Tuan,

kalau dibanding dgn pendapat si Prof Bari tu, seperti ada 500% perbezaan pendapat.

1 undang2, mcm mana ada perbezaan pendapat mcm tu sekali.

Si Shamrahayu ni, bagi pandangan sebagai Prof ka?

Si Aziz Bari tu memang sah lanun politik PKR.

Jadi yg mana nak pakai?

Mest lah yg pandangan bukan lapikan politik.

TiS said...

Tuan HH,
Aziz Bari lum habis baca lagi perlembagaan Malaysia, dia baru habis belajar aje.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI