TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, September 29, 2011

HUDUD: PAS TERTIPU DEK POLITIK ANUAR

Kalau diibaratkan memanjat pokok kelapa, dengan kenyataan Nuar Berahim bahawa dia menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan, tangan Pok Nik sebenarnya dah pegang buah kelapa, cuma tinggal memulas untuk menjatuhkan buahnya sahaja.

Bagaimanapun dengan kenyataan bersama selepas mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat malam tadi, jelas sokongan Nuar hanyalah mainan politiknya untuk memperbingai-bingaikan ahli-ahli PAS agar PKR terus mendapat sokongan pada PRU 13 nanti. Kenyataan bersama yang berbunyi;
Karpalpun boleh ketawa dengan temberang Nuar
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.


Kenyataan di atas langsung tak menunjukkan kepada rakyat akan kesungguhan untuk menegakkan hukum hudud di Kelantan. Apa kena mengena pulak nak sebut UMNO. Jangan kerana takutkan DAP, UMNO pulak yang jadi mangsa. Seharusnya, sekiranya Nuar Ibrahim jujur dalam membantu PAS menegakkan hukum hudud di Kelantan, bukan begitu rupanya bentuk kenyataannya. Ia sepatutnya berbunyi;

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Bagaimanapun Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 telah wujud  sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS meminta DAP menghormati perbezaan pendirian ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami akan mendesak Speaker untuk mengadakan sidang Parlimen Tergempar untuk meminda perlembagaan. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini sekiranya kita gagal memindanya di Parlimen kerana tiada sokongan.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan dengan Hudud sebagai asas perundangannya.
Pok Nik jangan sedih. Mereka boleh diajar sekiranya Pok Nik
bersekutu dengan UMNO dan BN
Apa-apapun, mungkin pok Nik dah nampak lebih awal permainan politik Nuar Berahim ni. Itu le sebabnya Pok Nik menguzurkan diri dari mesyuarat tergempar tersebut. Harap Pok Nik jangan le bersedih, menjanjikan bulan dan bintang memang dah kerja Nuar Berahim. Cita-cita Pok Nik mungkin boleh berjaya sekiranya Pok Nik sekarang membawa seluruh bahtera PAS  ke dalam BN dan bersama-sama berjuang dengan UMNO untuk menentukan kekuatan suara Melayu Islam.

1 comment:

Lebai Malang said...

Woowwww...Keputusan Mesyuarat Tergempar Pakatan Rakyat semalam telah sebulat suara menyokong Tok Guru Nik Aziz untuk laksana Undang2 Hudud di Kelantan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI