TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, September 22, 2011

PAS AKUR, JOHOR DAN TERENGGANU MILIK BN

Tanda-tanda pilihanraya belum nampak lagi buat masa terdekat ini, tapi tanda-tanda PAS sudah mengaku kalah di dua negeri dah nampak, iaitu di Johor dan Terengganu. Pakar spekulasi PAS tentang MB baru ni ialah Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.
Mungkin dah nampak kebarangkalian untuk menang tipis, maka PAS sudah mula mencatur siapakah yang bakal menjadi MB baru bagi 2 negeri ini. Tak tersebutpun oleh mereka mana-mana calun dari PAS yang mungkin jadi MB baru Johor atau Terengganu. Nampaknya PAS dah mengaku kalah di dua negeri ini.

Kalau di Johor PAS mengaku kalah awal-awal lagi sebelum bertanding, kita memang maklum sebab pembangkang agak kurang mendapat sambutan di Johor. Orang Johor terutama Melayu memang dari dulu meluat dengan sikap pembangkang terutama DAP dan PAS.

Tapi kalau Terengganu yang mana PAS pernah menang pun mereka awal-awal lagi dah membayangkan MB baru dari UMNO, tentu ada yang tak kena. Mungkin mereka sedar agaknya, rekod Hadi Awang sepenggal sebagai MB Terengganu terlalu teruk, maka sebab itulah mereka tak mengidam kerusi MB Terengganu. Mungkin selepas ni mereka akan sibuk lagi mencatur MB-MB negeri lain mungkin termasuk Kedah dan Kelantan.

Bagi mereka tak dapat jadi MB pun tak apa, cukuplah dengan mencaturkan sipolan-sipolan mungkin akan menggantikan MB sedia ada, sekurang-kurangnya dalam hati mereka sikit sebanyak akan berlaga juga penyokong-penyokong sipolan yang disebut. PAS memang bijak, bukan setakat melagakan ayam, malah turut handal untuk melagakan orang!!! 

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI