TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 12, 2011

SEKOLAH NAK PERCUMA, CERAMAH PAS NAK DERMA

“Apakah maksud yuran percuma?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.

Pemimpin PAS bersikap macam bebudak. Mereka membandingkan dengan belanjawan Tun Dol dulu yang mana Tun Dol kata percuma tetapi bila ke sekolah, terdapat beberapa perkara lagi yang kena bayar termasuk yuran PIBG. Itu adalah masalah orang yang tak mendengar dengan betul. Orang yang tak faham dengan apa yang dikata percuma dan apa yang kena bayar.

Sepatutnya sebagai pemimpin, bukannya melalak begitu. Ini sikap pemimpin yang hanya melahirkan Melayu manja. Membayar sedikit untuk pembelajaran anak-anak tidak perlu diperbesarkan. Sikap menyumbang kepada sekolah demi untuk kecemerlangan anak-anak patut diperjuangkan oleh para pemimpin. Jangan semuanya diharapkan percuma.

Mentaliti pemimpin PAS yang sebeginilah yang merosakkan Melayu. Menagih undi dengan membawa perkara remeh-temeh. Kerana perangai pemimpin pembangkang yang sebeginilah lahirnya Melayu yang bila hujung tahun muka mencuka kerana terpaksa berbelanja untuk persekolahan anak. Sedangkan apabila tiba Hariraya, walaupun perbelanjaannya lebih besar, mereka begitu berseronok sambil bergurau senda dengan anak-anak untuk membuang duit membeli keperluan hariraya.

Pembangkang sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa memberi pendidikan yang terbaik bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, tetapi turut sama dipikul oleh mak bapak yang buat anak tu. Menjadi tanggungjawab yang buat anak tu untuk memberi kegembiraan kepada anak-anaknya. Sepatutnya ajaklah rakyat bersyukur dan berterima kasih dengan ikhsan kerajaan yang membantu mengurangkan beban dalam menghadapi persiapan persekolahan anak-anak, bukan terus mempersoalkan.

Cukup bagus banyak perkara yang diberi percuma untuk menimba ilmu, berbanding dengan penyokong PAS yang terpaksa membayar atas nama derma semata-mata untuk mendengar umpat keji dan fitnah terhadap pemimpin kerajaan.

6 comments:

cacamarba said...

bkn mahal mana pn yuran sekolah awam,yuran pibg,yuran rumah sukan..buku teks free,yuran free,pd yg kurang kemampuan sekolah bg mkn free..jgn la melalak sgt..ape salahny belajar bayar skit yuran2 tu..nnti nk bayar yuran universiti/kolej plak..lg byk..asik melalak je.cemuih la.ada bising,xda pn bising.harap ja kopiah ats kepala tp x pernah nk bersyukur..

Anonymous said...

Dah kasi peluang belajar sibuk pulak berpolitik kat U. Lepas tu lulus cukup makan aje dan bila tak dapat kerja menyalak lagi... Itu le Mentaliti anak-anak orang PAS

Selangan said...

Tangan yg diatas lebih baik dari tangan yg di bawah.

Selangan said...

Tangan yg diatas lebih baik dari tangan yg di bawah.

Anonymous said...

aku meluat la tgk muka deriss ni..bebb.

Anonymous said...

Sebelum PRU 2008 ramai berduyun2 dengan ceramah PAS dan PKR seluruh Selangor. Nak cari parking susah sanggup jalan jauh. Pelbagai janji manis dibuat pembangkang sekiranya berjaya berkuasa di Selangor. Tapi selepas melihat PR berkuasa selama 3 tahun di Selangor banyak masalah yang menyinggung hati orang Islam. Sikap toleransi pemimpin Islam PR kepada puak kafir lebih teruk daripada pemimpin UMNO. Lebih mengecewakan sikap pemimpin Islam PR yang suka menuding jari kepada sesama Islam tetapi menutup sebelah mata kesalahan oleh puak mereka.
Pemimpin PR harus sedar menjelang PRU 13 sokongan Melayu kepada PR sudah semakin berkurangan. Ceramah PR akan mudah di tangkis oleh para blogger pro BN.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI