Mat Sabu sekarang bukan lagi Mat Sabu, tapi dah jadi Mc Sabo. Kenapa Mc Sabo? Sebab dia ni dah tak sedar diri yang dia tu Melayu dan dengan senang hati mengeluarkan kenyataan yang sabo kerajaan Melayu. MalaysiaKini jadi lidah Mc Sabo. MalaysiaKini bukan main suka lagi dengan kenyataan Mc Sabo.
Lihat dan bacalah berita yang dibawakan oleh MalaysiaKini di bawah ini. Kalau betul dia Melayu, dia tidak akan keluarkan perkataan tersebut.
Untuk pengetahuan Mc Sabo, bagi aku, kalaupun bukan pendirian UMNO, agenda 3R tu mesti ada pada Melayu.
Racial sebab sebagai Melayu, kita kena utamakan kaum Melayu dulu, dah lepas Melayu barulah kita kongsi dengan orang lain, serupa macam bagi makan, nak bagi makan, bagi makan anak bini dulu, ada lebih baru ajak orang lain. Jangan kerana nak gah, anak bini kebuluran. Tapi Mc Sabo dah biasa agaknya makan luar dengan orang lain!
Religious juga wajib kita dahulukan. Kata duduk dalam parti Islam. Kalau Islam kena kutuk dengan bangsa lain pun nak ketawa. Kejadah apa engko ni Mat Sabu. Engko kata UMNO tak Islam, tapi bila UMNO nak bela Islam engko marah. Engko ni mabuk ke sedar?
Royal, tulen Melayu amat menghormati raja-raja. Mc Sabo ni entah keturunan apa akupun tak tahu. Kalau bangsa lain hina raja dan pemerintah Melayu, Mc Sabo hanya tersengih macam kerang busuk. Tengok bangsa lain tepuk tangan, Mc Sabu pun tepuk tangan. Sedang raja itulah memayungi agama Islam di sini.
Kalau UMNO yang tak pelihara 3R ni, jangan haraplah adanya kesinambungan bangsa Melayu yang berdaulat lagi. Mc Sabo janganlah kerana politik nak membutakan mata dan hati. Singapura adalah contoh yang terdekat. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk melihat bangsa yang hilang kerana adanya manusia yang seperti Mc Sabo ni.
Sepatutnya engkau berterima kasih kepada UMNO yang jadi tunjang pemerintah. Sekurang-kurangnya Melayu, Islam dan Raja masih lagi terpelihara. Mc Sabo mungkin kurang seronok dengan 3R ni kerana konsep inilah yang membataskan Mc Sabo dari bebas nak keluar masuk hotel dengan siapa yang dia suka.
Seperkara lagi yang Mc Sabo tak faham ialah UMNO tu ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Melayu itulah bangsa Melayu, Melayu itu adalah Islam dan Melayu itu ada Raja. Maka sudah betullah perjuangan UMNO itu.
Bukan macam parti Mc Sabo, nama Parti Islam, tetapi bekerjasama dengan UMNO, parti Islam tak mahu, tapi bekerjasama dengan parti yang gemar anjurkan pertandingan ratu cantik, parti yang tak suka azan berkumandang, parti yang sanggup berhuru hara sekiranya ditubuhkan kerajaan Islam, sanggup dan boleh. Malah nak ambil hati golongan kapir, sanggup gugurkan perjuangan yang telah diasaskan berpuluh tahun dahulu.
2 comments:
Salam bro enalrahim,
Mat Sabu elok di tangkap dan disumbat dgn sabun dlm mulutnya. Celupar x tentupasal. Tak habis2 dia dengki dgn Umno. sial punya Mat Sabun...bahlol!..tolol!...
W'salam.
Dia berkawan dengan DAP sampai lupa yang dia tu Melayu, Islam dan ada raja. Bijak DAP basuh otak dia.
Post a Comment