Kepada orang Tenggara, aku minta maaf dulu. Masa nak buat posting ni pun rasa berpeluh juga aku. Maklum le, gitu gini yang nak ditegur ni wakil rakyat aku juga. Tapi rasanya lebih baik aku tegur dulu, jangan sampai dah dekat PRU nanti pembangkang yang tegur. Sekurang-kurangnya kalau nak berubah, masih ada masa.
Jadi wakil rakyat ni kena public. Kalau ada FB pun semuanya hendak disembunyikan, apa maknanya. Apakah segala-galanya cuma boleh berkongsi cuma dengan 694 orang aje? Ingat...pengundi Parlimen Tenggara pada PRU 12 ialah 32,297 dan yang bagi undi pada Tok Limah ialah 19,031 orang. Sekarang dah zaman IT, orang dah malas nak mengekor kemana YB pergi, tengok apa YB buat. Orang dah lebih senang duduk mengadap komputer, lihat perkembangan YB mereka bekerja. Sekarang dah tak zaman orang kejar YB buat kerja.
Maka kalau dah ada akaun FB tu gunakan dengan bijak. Bukan segalanya terkunci. Malu dengan pengundi, cari punya cari, YB ada akaun FB, tetapi kosong, tak boleh share maklumat. Takkan FB setakat nak tayang jambul aje! Lebih baik terus tak ada akaun FB. Rakyat tak marah!
Kalau dari info, wall dan photo terkunci cuma untuk 694 orang aje, apa maknanya? Kalau info terkunci, kira ok juga mungkin nak privacy. Kalau wall kosong, baik tak payah bukak akaun FB, tak ada lebih baiknya dari FB si Mahfudz The Bean yang kurang cerdik tu. Kurang-kurangnya si Mahfudz the Bean tu share juga gambar-gambar dia dengan rakyat. Tapi Tok Limah, photo pun terkunci, apa yang nak malu sangat nak kongsi gambar dengan rakyat? Kalau setakat photo kat bawah ni... ok ape?
9 comments:
hahahaha....belasah bro belasahh...kita belasah sbb kita sayangg umno...
bukan mcm puak2 ijo, jilat sbb nak pi syorgoo nikky...hehehe
Saya asal orang sana..felda bukit besar..tapi hari ini saya berjuang di KL..kita wajib tegur dan gempur pemimpin umno yang tak boleh diharap walau dimana pun mereka berada...saya sering memerhati perkembangan politik di kawasan tenggara....bagi saya halimah sidek wajar dikuburkan...dan seperkara lagi perhatikan lt kpol ahmad nazari tu..dia ni bahaya sebab banyak membelit fakta...saya sedang mendapatkan maklumat mengenai beliau...nanti kita kongsi kongsikan...
MB tarik tangan dia sebab ko ahli parliment je aku MB apasal lak ko nak lebih-lebih dari aku... HA HA HA
Gegar Gempur,
Ha...ha...ha..., kita sekampung! Ok link bro.
Tu diaaa...ni sakan ni..
Apa idea nak tulis gempaq ni...
Dari kecik-kecik dok biasa pegang tangan..besor-besor pun kena pegang tangan laaa..
salam saudara,
saya terpanggil untuk memberi komen saudara setelah membaca blog saudara. sebagai seorang islam adakah anda tahu apa balasannya jika sesorang itu menfitnah? adakah saudara tahu sebab mengapa dato limah tidak memaparkan profile beliau kepada semua orang, senang betul saudara membuat kesimpulan. Manusia ini memang tidak bersyukur kan. adakah saudara pernah mengambil tahu apa yang dato limah telah buat di kawasan saudara sebelum ini. Berbanding dengan saya yang berada dalam kawasan pembakang yang serba kekurangan. Saya fikir sebelum saudara menulis dan menabur fitnah kepada orang yang tak berdosa lebih baik kita kaji diri sendiri ...adakah kita cukup baik? betulkah akhlak kita sebagai orang islam sebegini? renung2kanlah...lebih saudara gunakan blog saudara untuk memberi faedah kepada orang kawasan saudara.....
Salam sejahtera ke atas kamu saudara blogger. Saya ada satu persoalan yang sedang bermain di minda saya. Persoalan saya cukup mudah. Izinkan saya untuk mengutarakan persoalan saya iaitu pada zaman dulu, adakah Rasulullah berdakwah ( sama ada politik atau agama ) dengan cara mengaibkan dan menfitnah kawan atau lawannya?
Salam admin..menegur itu tidak salah tetapi tidak kearah mengaibkan atau merosakkan.. tambahan pula kepada pemimpin kita sendiri.. mmg YB sendiri sebelum aktifkan FB dah mohon maaf sebab YB baru belajar.. kalau dia salah mmg kita lah yg membetulkannya tetapi bukan begini caranya.. utk cerita2 lain admin mmg ngetop..
Salam Tuan Tenggara;
Kalau tuan banyak kepakaran kan lebih baik nolong mak limah ni daripada terus menjadi mak lampir. Tak bagus-tak bagus dia pun sekurang-kurangnya dia ada juga buka pusat rawatan yang digilir-gilirkan ke seluruh Parlimen Tenggara.
Mungkin Tuan Tenggara tergolong dalam kelompok orang-orang berada. Kalau tuan berada di bawah paras kemiskinan dato' ni laa rajin turun padang dan banyak beri bantuan. Saya bercakap bagi pihak orang-orang susah di Parlimen Tenggara.
Kalu pasal lt.kol (b) Nazari tu... tuan nak benamkan pun tak apa. Saya rasa memang wajar. Walaupun se'blok' dan dah macam adik-beradik tapi sikap dan pendiriannya perlu dipasak dalam-dalam di tujuh petala bumi.
Selamat berjuang.
-jln.ledang ke kg.gelam-
Post a Comment