Bila TS Isa Samad mengumumkan bahawa penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan tetapi tidak melibatkan KPF dan akan dilancarkan pula satu syarikat tujuan khas bagi memenuhi kelompang yang kosong yang ditinggalkan KPF, menyebabkan puak Pakatan terus terkedu dan kesasau.
Keyakinan tinggi kerajaan bahawa langkah penyenaraian tersebut akan memberi manfaat yang amat besar bagi masyarakat peneroka Felda selain tempias yang turut sama akan dirasai oleh mereka yang berada diluar lingkungan Felda, menyebabkan kerajaan bertegas dan mengenepikan populariti politik. Satu tindakan berani yang dibuat oleh kerajaan BN untuk kepentingan rakyat.
Terkedu dengan tindakan tersebut, Pengarah Strategi PKR yang tak punya strategi bersuara;
Sebenarnya strategi Rafizi ialah untuk menyalahkan Mazlan Aliman. Ini kerana kerajaan dari awal-awal lagi ingin melibatkan peneroka dan generasi peneroka Felda secara aktif dalam penyenaraian FGVH ini.
Tetapi dek kerana tindakan-tindakan menghasut oleh Mazlan Aliman hinggakan EGM KPF pun gagal untuk diadakan dan ini memaksakan kerajaan BN mencari alternatif lain untuk menjayakan rancangan besar penyenaraian tersebut.
Maka dalam hal ini, jangan disalahkan pula kerajaan BN. Salahkan Mazlan Aliman yang sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan penyenaraian tersebut. Selain itu, sekiranya benar penyenaraian tersebut tidak menguntungkan, mengapa Rafizi tersedak bila KPF tidak dilibatkan?
3 comments:
eden nak katokan duo duo ni keldai bodoh. apo oran nak buet ialah yang terbaik untuk penoroka bukan yang tak baik. bodoh tak bolih diajar. dulu sebok pasal lombu ni dah tukar pulo kelapo sawit-apo punyo baral lah.
tak semua peneroka setuju dng 'TENTANGAN'..dari beberapa ahli KPF..aku harap lebih maklumat tentang siapa yg terlibat dalam mengagalkan mesyuarat EGM tsb..sila para blogger paparkan nama siapa nama mereka yg jadi pembelot pada majoriti peneroka yg menyokong penyenaraian tersebut
anak peneroka
aku tengok dengan lengok EGM KPF yang gagal tempoh hari ... macam ALP tertinggi yang KPF sebotaj...menyebabkan peneroka dan ahli KPF yang terlepas peluang...
Post a Comment