Mazlan Aliman gelak besar bila Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan injunksi terhadap EGM KPF agar tidak dibincangkan isu atau usul yang berkaitan dengan ekuiti serta 10 anak syarikat Felda Holding.
Kalau nak kata Mazlan berjaya menggagalkan penyenaraian FGVH, ianya terlalu awal lagi. Tetapi yang jelas Mazlan berjaya melambat-lambatkan harapan para peneroka dan anak-anak mereka yang menyokong usaha kerajaan.
Mazlan tak sedar, yang ikut ketawa bersama dengannya cuma beberapa orang sahaja, tetapi yang memaki hamun dia entah berapa ratus kali ganda!
Yang tak sedar cuma beberapa kerat aje. Majoriti peneroka dan anak-anak mereka kini sedar bahawa yang akan dipajakkan bukanlah tanah milik mereka, tetapi tanah milik Felda. Felda Holding dan KPF hanya mendapat upah mengurus sahaja. Bagaimana agaknya kalau akibat kedegilan yang amat sangat segelintir pelesit dalam Felda ini akan menyebabkan Felda memberi hak mengurus harta Felda kepada satu entiti lain? Mana-mana yang berminat dengan usaha kerajaan BN ini bolehlah memindahkan saham KPF mereka ke dalam entiti baru itu. Tentunya saham KPF sedia ada hanya tinggal nilai kertas aje.
Mungkin Mazlan boleh bergembira pada hari ini. Tetapi tidak mustahil suatu hari nanti, semua Felda akan menolak dan menghalau kehadiran Mazlan. Majoriti peneroka dah nampak perjuangan Mazlan tiada meritnya. Peneroka dah faham apa itu pajak dan apa itu gadai serta apa itu jual. Peneroka ramai yang dah faham akan perlunya penyertaan banyak pihak untuk lebih berdaya saing bukannya tamak dan dikunci kekayaan yang ada. Lebih banyak penyertaan dan perkongsian dari bukan Felda, maka lebih kuat daya saingnya dan lebih besar modal perniagaannya. Mungkin itu Mazlan tak faham.
Kekayaan yang ada perlu dikembangkan dan dikongsi. Memasuki pasaran saham adalah opsyen yang paling baik sekali untuk meraih modal dan keuntungan yang tinggi. Tapi Mazlan yang belajar setakat Institut Perdagangan Kota Bharu mungkin hanya terfikir perdagangan dan perniagaan mengetuk dari pintu ke pintu rumah-rumah peneroka Felda sahaja.
Mana-mana peneroka atau anak peneroka yang tak puas hati dengan Mazlan, dipersilakan meluahkan perasaan diruangan komen kerana aku tahu Mazlan dan kuncu-kuncunya kerap melawat ke TiS dan bagaimana marah sekalipun, aku tetap yakin orang Felda baik budi bahasanya.....tu yang buat Mazlan makin naik tocang!
2 comments:
betui dia hanya gembira sekejap jer...tetapi dia akan tergangga tak lama lagi...sebab apa ya? Tunggguuuu yer!
bukan ke tanah tu patut bagi kt peneroka??????
Post a Comment