TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, February 5, 2012

SERKAP JARANG MAZLAN ALIMAN MERBAHAYA

Salah serkap, ular yang dapat.

Tindakan Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan yang membayangkan bahawa segala malang yang berlaku terhadap pemimpin puak Pakatan dilakukan oleh mereka yang bertentangan ideologi politik sangat merbahaya. Antaranya beliau mengambil contoh apa yang berlaku terhadap Tim Pesuruhjaya PAS Johor.

Membuat kesimpulan sendiri sebelum pihak polis selesai membuat siasatan bukan sahaja menampakkan kebodohan dan kedunguan Mazlan, tetapi dibimbangi akan membuatkan rakyat dan pihak asing percaya bahawa tiada kebebasan politik serta suasana yang tidak selamat untuk berpolitik di Malaysia. 

Artikel penuh di SINI
Kenyataan menuding jari seperti ini harus dihentikan dan tidak boleh terus dibiarkan berlaku. Ia amat merbahaya terhadap keamanan negara kerana tuduhan liar begini boleh mencetuskan ketegangan antara penyokong-penyokong parti politik.

Selaku pemimpin politik, Mazlan harus lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Harus diingat bahawa terutamanya di Johor, PAS hanyalah kudis kecil yang tidak diubat pun tidak mengapa. Oleh itu tidak harus sembarangan menuduh. Lihat sahaja sambutan-sambutan terhadap program PAS di Johor, hanya layak untuk ditertawa. Hebat sangatkah PAS di Johor untuk ditakuti, lihat sahaja program PAS di sini, sini dan sini.

Biarlah apa yang berlaku disiasat dengan teliti oleh pihak polis. Mungkin sahaja ada sebab-sebab lain yang memungkinkan musibah tersebut. Mungkin atas dasar perniagaan, peribadi, cemburu dan banyak lagi sebab musabab yang mungkin. Mungkin juga dilakukan oleh rakan dalam parti sendiri kerana inginkan kedudukan? Terlalu banyak kemungkinan maka itulah jangan terlalu terburu-buru menuduh.

Andai tertangkap dan terbukti suatu hari nanti, apa yang berlaku bukanlah disebabkan oleh ideologi politik atau didalangi oleh orang-orang politik yang bertentangan, sanggupkan Mazlan menyembah setiap orang untuk memohon maaf?

1 comment:

Anonymous said...

Tuan,

Agak-agak Mazlan ni lulusan mana? Kemain vokal lagi. Boleh bagi tau tak?


-jln.ledang ke kg.gelam-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI