TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, February 12, 2012

YANG ORANG SERONOK TAPI TAK FAHAM

Semalam aku cakap nak ulas lagi tentang ceramah Nuar kat Felda Ulu Tebrau. Jadi kat bawah ni sikit lagi aku nak ceritakan bagaimana Nuar jual temberang. Temberang Nuar ni kalau tak ia-ia, memang orang seronok dengar.

Temberang pertama Nuar ialah katanya dia dipecat kerana tak nak bagi anak Tun M dana sebanyak RM2 billion untuk beli San Miguel Ph. Kata Nuar anak Tun M beli San Miguel, syarikat pembuat arak dengan nilai sebanyak RM2.9 billion. Wow, banyak tu. Tak kisah le tu. Tapi siapa yang rajin boleh pi tengok webside San Miguel. Perniagaan beveragenya cuma menyumbang sebanyak 13% sahaja manakala penyumbang terbesar adalah melalui Petron Corp iaitu sebanyak 52%. Tapi betul ke anak Tun M beli San Miguel.


Kalau dah melabur sebanyak RM2.9 billion, tak kan tak satu pun suku sakat Tun M yang duduk dalam BOD San Miguel? Pelikkan....ko orang rasa Nuar temberang ke tidak?

Temberang kedua Nuar ialah kalau Pakatan dapat Putrajaya, dalam masa 3 hari, permit teksi syarikat akan diberikan kepada pemandunya. Dengar seronok, tapi kalau dapat permit tapi tak mampu beli teksi, permit tu bukannya boleh angkat orang!

Temberang ketiga Nuar, dalam masa 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya, harga minyak akan diturunkan. Senang betul dia cakap, macam le dia dah boleh ramal berapa harga minyak pada masa tu. Puak penyokong yang bodoh bersorak, tapi tak pulak Nuar berani cakap turunkan berapa banyak. 1 sen pun turun juga. He...he...he...

Temberang keempat Nuar dan juga Salahuddin ialah dalam masa 100 hari selepas menguasai Putrajaya, semua Generasi kedua Felda akan dikurniakan tanah sebagaimana ibubapa mereka. Hilang akal. Ada 112,635 orang peneroka sekarang ni. Kalau satu peneroka, bagi kurnia satu anak untuk tanah Felda bermakna terpaksa cari 1,126,350 ekar tanah. Mana nak cari tu? Dengar memang sedap. Ko orang rasa tu janji betul ke temberang?

Temberang yang kelima, Tun M kaya sebab jadi PM, Tun Daim kaya sebab jadi Menteri Kewangan. Nuar aje yang miskin walaupun jadi Menteri Kewangan sebab Nuar tak makan rasuah. Ptuihhhh....setahu aku Tun M sebelum masuk politik pun memang dah berjaya dengan perniagaannya. Tun Daim juga dah berjaya dengan perniagaannya sebelum masuk politik. Cuma Nuar aje yang kaya selepas masuk politik. Punnnnn puak penyokong Pakatan ni percaya kat Nuar, walhal Nuar masa dengan ABIM dulu hanya mampu pakai baju kurung dengan songkok lusuh aje.

Apapun yang paling mendapat nikmat dan durian runtuh dari kehadiran Nuar kat Felda Ulu Tebrau ni ialah PAS. Apa taknya, sebaik Nuar duduk kat pentas, sebelum pengacara menjemput Nuar berucap, DERMA JIHAD jalan dulu. Kat celah-celah orang ramai tu, dengan muka selamba petugas PAS hulur beg plastik. Aku nak ambik gambar takut jadi gaduh pulak. Sebelum kutip derma tu, keluar le dua tiga hikayat sedih pejuang PAS...kononnya, semata-mata untuk melajukan keluar duit dari poket pendengar. Antaranya, pada hari penamaan calun, seorang calun PAS tak cukup duit untuk bertanding. Ada hamba Allah balik sekejap dan jual motor serta datang balik naik teksi dan bagi duit jual motor tu pada calun PAS. Mak datuk, senangnya proses jual beli motor orang PAS. Lebih laju dari nak pajak barang kemas kat pajak gadai. Ko orang ingat orang PAS tu temberang ke tidak?

Tapi kalau dengar puak-puak ni temberang memang seronok, lebih-lebih lagi kalau yang temberang tu Nuar Berahim. Patut le sanggup orang dari luar datang. Seronok dan terhibur. Orang paling seronok bila Nuar cerita pasal anu dia kena ukur dengan polis. Tapi dia tak cakap pulak kalau tegak berapa inci, kalau bengkok berapa inci! Ha...ha...ha...


1 comment:

Anonymous said...

Tembarang je..tengok je negeri selangor..apa ada..cukai pintu naik...harga rumah naik...harga tanah naik...tak de pun yang turun???

ARTIKEL HANGAT BULAN INI