Pada PRU 13 ini, BN hanya selamat dan beroleh kemenangan mudah hanya di 3 negeri sahaja iaitu, Johor, Melaka dan Pahang. Itu ramal Tun Daim ketika ditemubual oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Itu maknanya negeri lain susah menang ataupun akan kalah.
Kenyataan Tun Daim tu sedikitpun tidak merisaukan aku, sebaliknya aku berasa seronok. Tapi bukanlah seronok untuk melihat kekalahan BN. Tetapi seronok untuk melihat telatah puak Pakatan selepas ini.
Kenyataan Tun Daim memang sentiasa diikuti oleh puak Pakatan dan ini sedikit sebanyak akan menyebabkan keyakinan mereka untuk jadi YB akan bertambah. Maka selepas ini akan kita lihatlah lagi drama-drama pertikaian rebut kerusi dan peruntukan kerusi. Makin besarlah angan-angan puak Pakatan.
Apapun, kenyataan Tun Daim ini hendaklah diterima dan diambil berat oleh ahli-ahli dan penyokong BN terutamanya bila Tun berkata bahawa DS Najib adalah umpama seorang jeneral tanpa askar. Maka yang sepatutnya jadi askar, jadilah askar yang taat. Mana yang Kapten, mana yang Major, mana yang Kolonel, buatlah kerja masing-masing ikut rank masing-masing. Jangan semua nak tunjuk hebat.
Ada ketikanya, kalau jeneral percaya yang Sarjan boleh mengetuai dan membelakangkan Kapten atau Major, kena le ikut. Mungkin jeneral memandang bahawa tempat yang hendak digempur tu adalah kampung halaman Sarjan, maka tentulah dia lebih tahu selok beloknya bagaimana untuk menang.
Para pemimpin yang ada sekarang, PRU mungkin hampir dan mungkin jauh lagi. Mana-mana pemimpin yang hanya menunggu bila ada program sahaja baru nampak muka, kena le ubah sikap. Jelajah le kawasan walaupun tiada program, duduk kedai kopi, berjemaah dengan rakyat, tengok dan join anak muda bersukan. Insyaallah, BN boleh menang.
3 comments:
InsyaAllah Johor tetap kuat BN/UMNO cuma kalau nak kuat lagi suroh AGO bayar balik pelabor ASJ dan DJ cepat2 dan lepas tu AGO pencen..suroh dia dudok England dgn menantu dan anak cucu..selamatlah Johor
JANJI NAK BAYAR BALIK... ASJ & DJ TUNAIKAN...JANJI.. AGO OI..KAN DAH ADA DUIT DGN JUAL TEBRAU TEGOH...TU...KPRJGOT...TU...YG MAKI KAYA LKO...YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI JOHOR DPD ORG YG. PENTINGKAN DIRI DAN PEMINPIN- PEMINPIN JOHOR YANG DAH TUA22 TU..EXCO...SPEKER..FIKIRAN DAH TUMPUL DAN KURANG DENGAR..IDEA ORG-ORG MUDA..AKU DAN ADIK BERADIK LABUR > 100K DLM DJ..ASJ
PRU13......... tawaran baru kpd rakyat Malaysia:
Transformasi Najib: GTP
Reformasi Pakatan: Buku Jingga
sila kaji... mana yg terbaik!
Post a Comment