TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, March 13, 2012

MUSLIMAT PAS PUN DAH PANDAI NAK TIBAI DUIT PENGIKUT

Jangan terperanjat! Murah aje....RM110-00 setiap orang. Bayaran untuk apa tu? Haaa...jangan ingat Muslimat PAS tak pandai nak tarkul duit pengikut. Ini bayaran untuk Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.

RM110-00 seorang tu makan ke mentekedarah. Aku rasa yang datang tu betul le dia orang makan, tapi yang menganjurkan majlis tu, mentekedarah duit. Hebat macam mana agaknya jamuannya tu nanti. Biasanya Pok Nik, standard dia makan dengan rakyat cuma setakat nasi bungkus dan air kosong aje.



Nampaknya kalau sebut aje PAS, semuanya memang pandai tarkul duit para pengikutnya. Kesian totok-totok PAS yang beria-ia nak makan bersama pemimpin mereka, jenuh kumpul duit.

Tapi bila difikirkan dua tiga kali, apa pulak nak diherankan. Pemimpin PAS semuanya glamer sebab tumpang glamer artis, termasuk le Pok Nik. Tu yang jadi mahal agaknya. Berbeza dengan pemimpin BN. Ko tengok gambar kat bawah ni, hampir 20,000 orang rakyat yang DS Najib jamu kat Sutera Mall, Johor Bahru, sesen pun tak payah bayar, cuma modal duit minyak untuk datang aje. Beryani special lagi, bukan bungkus daun pisang tau!


3 comments:

Anonymous said...

Manusia yang buta mata, buta hati, buta pengetahuan, buta kepala otak x kisah. Beli tiket untuk membangunkan negara kebajikan lah katakan.

zakzak said...

realiti politik di malaysia macam ni lah. mana parti2 politik yang ada di malaysia ni nak dapatkan sumber kewangan, selain dari cara menganjurkan hi-tea etc.
takkan nak mintak rasuah kot. haram tuh.

pada aku tak salah tu. mungkin depa tibai duit tu, separuh masuk tabung parti, separuh masuk kocek sendiri, tapi mungkin juga mereka professional.hanya tolak kos penganjuran dan selebihnya masuk akaun parti. kita tak tau. hang tau ka?

yang anjurkan majlis di sutera mall tu siapa yang bayar kos2 nasi briyani?

btw, dari dulu aku terpikir camne la UMNO,MCA etc ni ada duit? ada niaga apa2 ke?atau buat stail parti politik di UK n US, daripada derma individu atau syarikat?


penyokong A.B.A.I (asal bukan anwar ibrahim) tapi bukan taksub BN.

Anonymous said...

bayaran duit kira masuk "tanding" cabutan bertuah???Judi la tu....kalau cabutan bertuah takde byr ape2 pon...kalo nak mendekati rakyat kena sedekah makan bukan pow rm110 huhu...6bln bleh bayar bill air/api..buat yang HARAM boleh, Yang halal BR1M di HARAM kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI