TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, March 7, 2012

PAS BEREMOSI DITEGUR ISU KEDAH

PAS tak boleh tahan bila TS Muhyiddin dilaporkan oleh Sinar Harian Online bahawa tindakan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau sebarang keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah satu ketidakpercayaan kepimpinan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.


Dua togok PAS, Mustafa Ali dan Mat Sabu dah tak ada ayat yang boleh dikeluarkan untuk meyakinkan rakyat bahawa tindakan PAS menubuhkan JK Pemandu itu satu tindakan yang betul. Menyerlahkan kebodohan mereka, kedua-duanya menjawab dengan hanya menyuruh TS Muhyiddin menjaga lembu NFC. Nampak sangat PAS begitu beremosi dengan kemelut politik di Kedah.


Mustafa Ali melalui SMSnya berkata, “TPM tak perlu mengada. Cukuplah dia jaga lembu Shahrizat”. Sementara Mat Sabu pula menjawab, "Lihat isu NFC, Muhyiddin sampai sekarang tak berani melakukan apa-apa pada Shahrizat walaupun pendedahan-pendedahan yang melimpah. Sampai sekarang masih tiada penyelesaian dan terus menegakkan benang basah. Lebih baik beliau jaga diri sendiri dalam kemelut NFC daripada mengulas apa yang beliau tak faham”.

Ha...ha...haa, tergelak aku baca jawapan Mamat PAS tu. Dah macam bebudak gaduh. Ingat zaman kecik-kecik dulu. Bebudak yang penakut dan kememe, bila kena sakat, lebih kurang begitu le perangainya. 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI