TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, March 11, 2012

PENEROKA FELDA PATUT BANTAH MAZLAN ALIMAN

Terbaru, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan injuksi bagi menghalang Felda Plantation memajak 360,000 hektar tanah milik peneroka kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.

Kerja Mazlan Aliman ini ialah untuk terus menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan membantu dan meningkatkan lagi taraf hidup warga Felda. Usaha terbarunya ini kononnya pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

Tindakan berterusan Mazlan ini mewajarkan warga peneroka, terutamanya generasi pertama dan generasi pentadbir pusaka untuk menunjukkan pula tentangan mereka sekiranya benar mereka menghargai usaha-usaha kerajaan.

Siapa Mazlan yang ingin bercakap tentang akta GSA, kalau tapak rumah pusakanya di B13 Felda Bukit Ramun yang terletak betul-betul di simpang 3 jalan, hampir sepenuhnya dijadikan tadika PASTI? Bukankah tanah tersebut untuk tujuan kediaman?

Siapakah yang berdiri si belakang Mazlan hingga mampu untuk terus bergerak dan berdemonstrasi terhadap Felda? Siapa yang taja Mazlan? 

Warga peneroka mungkin telah wajar dan sampai masanya untuk mereka menunjukkan bantahan kepada tindak tanduk Mazlan yang bukannya peneroka ataupun pentadbir pusaka dengan mengadakan tunjuk perasaan dan berdemo secara besar-besaran dihadapan rumah Mazlan yang juga ibu pejabat ANAK dan merupakan Tadika PASTI. Peneroka boleh menyampaikan bantahan mereka sebagaimana Mazlan berdemonstrasi!

Peneroka dan generasi peneroka wajar menentang Mazlan. Kita tidak tahu siapa dalang di belakangnya yang tidak senang dengan usaha kerajaan untuk membantu warga peneroka Felda. Membantu warga Felda adalah membantu Melayu. Jadi mengapa Mazlan menghalangnya? Tentu dalang di belakangnya adalah yang anti Melayu. Umum tahu, bukan Melayu terutamanya yang "gila tanah" sangat-sangat cemburu dengan kejayaan peneroka Felda. Apakah mereka ini tauke Mazlan?

Wajarlah ada NGO atau persatuan di kalangan Felda, tidak salah sesekali membawa para peneroka dan generasinya bersesak ke Felda Bukit Ramun menuju ke pejabat ANAK di B13, Felda Bukit Ramun dan tunjukkan perasaan anda kepada Mazlan. Kalau Mazlan boleh bawak 50 orang berarak di hadapan Ibu Pejabat Felda, apakata 5000 orang pulak berarak ke pejabat ANAK?


2 comments:

Anonymous said...

"Terbaru, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan injuksi bagi menghalang Felda Plantation memajak 360,000 hektar tanah milik peneroka kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian."

Pembetulan Bro.. Tanah Felda Plantation bukan MILIK PENEROKA. Tanah trsebut tanah Felda yg tiada peneroka.

TENGGARAisSOUTHEAST said...

Anon 2:02,
Ayat tu dikeluarkan oleh ANAK. Saya hanya menambah perkataan "terbaru". Begitulah caranya ANAK spin fakta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI